CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, June 20, 2009

Chef Wan , Kem Modal Insan = Homestay

Aku keluar semula lebih kurang jam 1.40 petang -
target aku sampai ke Kem Modal Insan di Sungai Rambai, Jasin
lebih kurang pukul 2 boleh tiba la...tapi apa
dah jadi ?
hah teliti kan peta lakar aku ni..




Aku tanya hubby macamana nak sampai ke kem ini...
dia kata ikut Lebuh AMJ -

- jalan terus sampai nampak Jalan Parit Penghulu.
Dah jauh drive masih tak nampak2 jalan yang dika
takan.
Sampai dah lepas Jalan Parit Sidang Seman,
aku jalan terus sebab tak nampak2 lagi papan tanda Jalan Parit Penghulu....
selagi aku tak nampak, selagi tu lah terus ke depan.....
alamak dah sampai ke Kesang , Muar

depan lagi aku rasa dah nak naik jambatan ke Bandar Muar.
*
*

*
*
*
Aku beri signal kiri - berhenti tepi highway ---- telefon hubby ---- dia kata ,
"nampak tak sign-board homestay..
.."
"mana ada, bukan homestay la...kem , sign-borad homest
ay pun tak nampak"
"awak tanyalah orang kat situ - masuk aje la simpang mana2 yang dekat tu....
hai graduate umi - tanya aje le "

"Ok lah kalau gitu, umi kena buat u-turn , dah sampai kat Kesang ni...."
*

*
*
Tengok2 dah jam 2 petang....
Aku telefon pulak cikgu aku yang ada di kem itu.
..
dia kata dah jauh tu...
Mau dekat 5-6 km aku terlajak dari simpang Jalan Parit
Sidang Seman
sampai ke Mukim Kesang, Muar.

*
*
*
Aku pun buat u-turn... dotted - line tu, hala aku buat u-turn.
Aku masuk simpang Jalan Parit Sidang Seman...
.
Eh? tak nampak2 juga Jalan Parit Penghulu.
Aku pun berhenti tepi jalan, tanya dengan sorang
budak
sedang mengecat tempat menunggu bas....

*
*
*
"Assalamulaikum....dik tumpang tanya la...
mana Jalan Parit Penghulu - yang ada Kem Modal Insan?"

" Kem? Kem rasanya tak ada...

kalau homestay di Jalan Parit Penghulu adalah...." jawab budak itu.

"Ok lah, tak pe la...homestay - homestay la ....mana Jalan Parit Penghulu? "

" Akak keluar semula sampai simpang depan tu,
keluar - masuk kiri kemudian masuk simpang kiri lagi...."


"Ok la dik...terima kasih ye!"
*
*
*
Aku pun ikut seperti yang dikatakan.....
Rupanya tak ada signboard Jalan Parit Penghu
lu,
tapi masuk ikut Jalan Parit Perawas...
Tak sampai 1 km, nampaklah papan tanda - Jalan Parit Penghulu -
dan ada sign-board Homestay....adalah dalam 3-4 km
nak sampai ke kem ini.

Cikgu aku dah tunggu tepi jalan ....Dah dekat 2.30 petang - majlis sedang berlangsung...tak kisah la...janji aku dah sampai buat pertama kalinya ke sini.


Rupanya ini adalah homestay & telah diupgrade lagi (dalam 3 tahun lepas ) - dijadikan Kem Modal Insan - sekali boleh muat sampai 150 students.
Tempatnya sangat selesa - ia adalah homestay dalam
dusun milik individu -
En Suparman namanya . Dia juga adal
ah mantan jurulatih BTN ...
Jadi dia tahu konsep sebuah kem - lengkap dengan pelbagai tempat aktiviti ....
Masa aku sampai tadi, dah ada pelajar dari Selangor baru sampai....
Wow, hebatlah jadual sudah penuh sampai
Ogos.
*

*
*
Dah selesai majlis penutup - dijemput minum peta
ng ....
*
*
*
Tiba-tiba....aku dok perati orang sedang makan....

Sape ni? Eh aku rasa macam Chef Wan ....selebriti tu !

Dia pun dok perati kita orang yang sedang menunju ke meja makan...
Pegawai JPM pun tegur - all men bersalam dengannya....

Aku pun dengan selambanya ( macam dah biasa...)....bertanya...

"Chef Wan buat apa di sini? Nak snap gambar la"

" Ada penggambaran dengan TV9 - masak2 la tu....
nak ambik gambar? biarlah habis makan dulu"

" Tak pe la....candid lagi best...."

Dia pun posing la macam ni ha......menguntum senyum......


Chef Wan selepas makan dok berposing denga cikgu2....
aku pun zoom dari meja aku....

Chef Wan duduk di homestay ni untuk penggambaran...tengoklah nanti di tv9...
*
*
*
Lepas tu, kami semua dijamu dengan seperti dalam gambar ini!
Tahu tak, tuan homestay ini ada dusun durian dan jual 1 kg - RM1 !!!
alamak bestnya!!!




Aku tanya,"ada lagi?"

"Tak ada dah ,kalau nak, kena order hari ni, esok baru dapat.....
cikgu2 yang mengiringi murid2 order 100 kg - tapi dapat 60 kg!

En Manan - pegawai JPM kata ,
"pagi tadi saya beli 1 kg - RM 5 -
sebab sedara datang dari Singapore nak makan....
beli la juga...kalau tau macam ni, banyak
boleh beli!"
*
*

*
4.00 petang aku pun berangkat pulang.....


*******************************************************************************************

Kem ini disertai oleh gabungan 5 buah sekolah menengah -
Program PPDa ( Program Pendidikan Pencegahan Dadah )


***************************************************************************
Akhir kalam.....

SELAMAT HARI BAPA
ditujukan khas kepada semua kaum bapa
di Malaysia - Asia - & seluruh dunia.....
21 hb Jun 2009

terutama khasnya kaum bapa yang sentiasa mengikuti
Asam Garam Kehidupan

***********






6 comments:

Dearie Pearls said...

Wah sis..
perjalanan yang agak jauh..
huhuuu..
best nyer dapat jumpa chef wan..

Happy Father's day to bapa2 seluruh dunia...

sonata anak kancil said...

LolOfLove: ye agak jauh...ala jumpa kejap aje...kita dengan urusan kita...

Chenta said...

Dah smpai area Muo , memang susah nak cari tempat .. kena betul2 baru jumpa kann.

kak, saya failed kalu baca peta kehapa ! jln selamat tepon or tanya org . Tapi tuhlah.. kekadang time nak tanya, time tuhlah takder orang . hahahah

owh .. durian 1kg = singgit . Bestnya .... saya pun penah beli kat kebun orang kan... makan kat situ freee, pastu beli lagi murah ... ( tapi kami lebih banyak makan dari beli .. miahhahahah)

Guru said...

memang ada kajian, perempuan kurang mahir membaca peta... tapi kat Malaysia ni memang kurang papan tanda, lagi lak kalau kat area luar-luar bandar...

best ya kat camp tu... dapat makan durian lak tu... part tu yang best

sonata anak kancil said...

Linda : selalu salah baca peta / pelan nak pegi umah owng kawen...nak2 kalau dekat situ ada 2 majlis...hah aha takut salah umah!

kekadang kami ni pun , ada je owang baik hati beri durian...

Kl Citizen : tu lah, papan tanda tak cukup...tak ke menyusahkan orang...memang best kat situ...suasana kampung / dalam dusun

Anonymous said...

pew kejadah peta ko nieyh bwahahahahahah... mmg teliti gile hahahahaha... sesat aku dlm 5 jam jugak la... 100% lengkap!!! chaiyok bro!!!