Perjalanan dari rumah di Melaka ke rumah mertua di Kluang lebih kurang 2 jam.
Tak ada la bercoti macam orang2 lain bercoti - 3 D 2N ke / ape ke....
Musim cuti sekolah ni - aku ni memanglah bercoti sakan...
tapi hubby payah betol nak bercoti....itu pun puas jugaklah aku kata ,
dah musim cuti sekolah ni...coti2 lah jugak!
Bolehlah nak ke sana sini ke / nak urus ape ke /
nak rehat kat rumah saje ke....
macam2 la boleh buat kalau dah bercoti ni kan....
( aku rasa golden-handshake banyaklah nanti bila pencen -
sebab banyak tak coti )
Ok, hubby pon mohonlah coti...ikut kan nak pegi ke Mersing hari Isnin 8.6.09 -
jadi dia mintak coti Isnin - Selasa - Rabu.
Oleh sebab kami bercadang nak tidur di Mersing -
mintaklah seorang kawan lama ( nanti tunggu N3 seterusnya )
booking Sri Malaysia pada hari Isnin.
Last minute , apa dah jadi? Coti hari Isnin terpaksa dibatalkan!
Sebab mesti pegi ke PD - akhirnya tak ke PD -
tapi kena siapkan report SEGERA di ofis....
Alamak hai...tak fasal2 mintak tolong kawan tu,
batalkan booking hari Isnin - tukar hari Selasa pulak...
Nasib baik lah masih ada bilik family ...
kalau tak, tak jadi le ke Mersing / balik malam tu jugak la jawabnya!
Sepanjang perjalanan ke Kluang dan seterusnya ke Mersing ...
hah tengoklah ni gaya seorang YB!!!
Oppppsssss.....bukan Yang Berhormat ye.....Yang Bekerja!!!
Entah berapa banyak call masuk dari ofis -
sebab orang lain kerja termasuk bosnya -
macamana tak lama perjalanan tu -
bila cal masuk , nak kena perlahan sikit kete...
kang lain pulak jadinya....
nak suruh aku drive?.....tak ade le....sanggup dia drive !!!
padahal pengarah JPJ dah dekat 22 tahun beri aku lesen....
Hubby aku ni - kalah pengarah JPJ ....lesen dia lagi besar oiiii......
Oleh kerana dah tergendala perjalanan ni dengan cal yang masuk...
aku dengan anak2 dok snap sedang dia berurusan.....
sampailah kat rumah di Kluang - dan bersambung lagi perjalanan ke Mersing....
jadi macamana nak bercoti macam orang2 lain tu !!! ta tak cenang....
Akhirnya hubby coti hari Selasa & Rabu saje - hari Khamis pegi keje .....
from back view
hati-hati bang oiii....
pusing depan - pusing belakang
entah apa yang dikeruk kepala - gatal ke / pening ke?
hah...sampai bercekak pinggang pulak dah...