CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, May 11, 2009

Terkejut @ Terperanjat @ Tak Sangka # Itu Adalah KehendakNYa....

Pagi tadi di sekolah aku terima satu berita yang amat memeranjatkan....

Semasa naik tangga ke pejabat....

Bertembunglah aku dengan seorang staf lelaki.

Cikgu ni aku tahu dia tak berapa sihat...

Aku pun tegur dia...

"Cikgu J**** sihat?"

" Macam ni lah, tak berapa ok ni...lemah je badan ni". Minggu lepas dia MC 1 hari sebab demam.

"Ok lah, cikgu, take care..."

Lepas tu dia pun beritahu...

"Cikgu kenal Cikgu Mohd Noor Ali?"

"Ya, kenal la...kan dia ngajar kat sini dulu, sebelum pegi ke KUTKM..."

"Hah, kenapa?"

"Dia dah meninggal, cikgu tahu?"

"Innallilahhiwainnailairajiun...."

"Apa? Betul ke?"

"Betul!"

"Sakit apa? bila dia meninggal?"

"Ha tu la, semua orang terperanjat, tak sangka dia dah meninggal, hari Sabtu semalam, katanya sakit kencing manis, umur dia muda lagi dari saya! " kata Cikgu J****

" Saya dah masuk 52, dia 51 / 50 tahun"....sambung Cikgu J***** lagi.

Memang betul arwah ni, senior daripada aku...tapi itulah, maksudnya di sini...kalau biasa2 nya umur 50/51 ni, masih kuat lagi bekerja kalau sebagai cikgu ni....Sebab ada cikgu aku yang dah pencen hari tu - masih sihat lagi!

Aku macam tak percaya, sebab kekadang arwah ni, lalu kat rumah aku...seingat aku akhir tahun lepas ada lalu...bukannya apa, dia tu rajin berkebun & buat projek cendawan. Dia jual lah cendawan kat aku - murah2....Arwah ni kalau bercakap mengalahkan LRT....punyalah laju & suka buat lawak. Tak ada dengar pulak dia sakit...

Dengan motornya...dia jerit aku..."ko ambik lah ni, aku jual kat ko murah2 aje...kalau ko beli jusco / mana2 la, mana dapat macam ni" begitu la dia bercakap - orang berniaga, pandai lah cakapnya.

Kawan punya fasal, aku belilah juga - tanda sokong dia. Dia jual pun suka2, bukan kata tak cukup gajinya...

Aku masih ingat lagi - tahun pertama aku berpindah ke Melaka ni & dia pun baru posting ( habis degree ). Seingat aku,aku dilantik jadi Pengerusi Majlis Staf.

Ingat lagi aku, masa sambutan hari guru ( 1996 ) , aku diminta berduet dengan dia menyanyikan lagu ! Cikgu2 ni mengenakan aku dengan dia. Dia pun beriya2 petik gitar tongnya...Memang dia pandai main gitar!
Aku praktis bagai nak rak menyanyikan lagu :
Masihkah Kau Ingat - Kopratasa
Lagu ni memang ok pe....aku suka!

Tengahari tadi, aku tanya pulak dengan staf lain yang memang kenal sangat dengan arwah ni untuk confirmed. Memang sah la dia dah pergi meninggalkan kami semua untuk selama2nya.

Al- Fatihah untuk arwah.

13 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Al_Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan ke dalam syurga bersama org2 yg beriman...

INTAN said...

alfatihah

ckLah @xiiinam said...

....pabila tiba saat dan janjiNya...tiada kuasa apapun yang boleh menundakannya...
...walau sesaat
...walau di mana
...walau bagaimana




itulah...




sakratulmaut...


Kerja Dia...


Al fatehah untuk yang telah pergi...

ONE ZABA said...

Begitulah ketentuan Ilahi....kita tidak mampu untuk mengelaknya.

moga yg pergi mendapat rahmatNYa, yg tinggal mendapat hidayahNYa.

Yunus Badawi said...

al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dimasukkan ke dlm golongan org2 soleh. Kita yg masih hidup ni kerana sentiasa beringat kerana bila2 kita boleh dijemput pulang.

Wah sonata pandai nyanyi ya? Selain lagu Kopratasa tentu boleh nyanyi lagu Sonata Musim Salju (eh betulke tajuk ni) alah lagu Hazami tu. hehehe

Anonymous said...

Bila 'DIA' datang tak siapa yang mampu menahan. Itulah kehendakNYA. Ajal dan maut ditangan tuhan..

Doakanlah bebanyak kepada aruah ni tadi...

en_me said...

“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”.. alfatihah

Tirana said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun..

Moga2 rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

izman said...

al fatihah untuk arwah.

sonata anak kancil said...

Kepada semua yang menyampaikan ucapan takziah , saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Saling mengingati lah kita...usia kita semakin pendek.

Cuba ambik tali tape yang buat ukur badan /nak buat baju...Tengok angka 1 - 60. Katakan nombor2 ini mewakili umur kita.

Dimana umur kita? Katakan jangka hayat manusia 60 tahun , umur kita 50 tahun , lagi 10 tahun untuk hidup!!!Cukupkan "bekalan" kita untuk ke alam baqaq?

Sesungguhnya wahai manusia sentiasa di dalam kerugian...

5 'so' bersaudara... said...

Al-Fatihah...

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Takziah kepada beliau..

Mujur ada kenangan bersama.

sonata anak kancil said...

LotsofLove: terima kasih - itulah kenangan saya dengan nya...