CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, April 10, 2009

Perasan glamor.....


Mana satu Sonata?

Salam YB : beri salam dulu kat YB...rindu ye cite2 sonata? Ni terpanggil nak cite, sebab YB dok tertunggu2 cite apa balik dari kursus...huh macam2 ada!

Begini : sejak dapat berita "tergempar" kena pegi kursus , aku
dah kata "bersilat" habis kena siapkan kerja2 "hakiki" samada di rumah / di sekolah. Sebenarnya aku pegi kursus tu naik kereta! Sepatutnya naik bas yang disediakan macam rombongan cik kiah tu....1 negeri katakan - 2 buah bas express. Ada juga yang lain naik kereta dengan sebab2 tersendiri.

Aku naik kereta sebab kawan ajak teman dia, kerana dia terpaksa menyelesaikan kerja2 anak buahnya berkemas sempena karnival pendidikan di MITC. Jadi dia beritahu jabatan akan bawa kereta ( tak boleh claim la - sebab arahan naik bas - t
ak kisah lah janji senang kerja ) dan pergi dengan aku. Orang lain naik bas jam 3, aku dengan dia naik kereta dari rumah jam 5.30 petang hari Ahad. Dalam hujan lebat kami ke PD, akhirnya lebih kurang jam 7.30 sampailah ke Mayangsari Resort.

Orang lain sampai awal, tengok2 jadual yang tersangatlah padat - dah ada
icebreaking petang tu. Aku terlepas la...sebab sampai lewat. Jadual padat - bermula 8.30 pagi - 10.30 malam. Macam2 di'kuliahkan', semuanya mengenai dengan pengurusan berkaitan tugas. Setiap slot ada pengerusi yang dipilih...Alamak aku dipilih lagi! Boleh dikatakan setiap kursus aku dilantik jadi pengerusi...Dulu masa kursus kat JB, aku jadi pengerusi jugak. Kali ni jadi lagi. Nak tak nak, tak boleh tolak...Nak tolak, cakap banyak? Huh nanti tak 'glamor' pulak kita kan...

Bila jadi pengerusi, aku akan sediakan pantun wajib Melaka. Setahu aku, selalu aku jadi pengerusi, jadi semua yang sewaktu dengan aku ni ( seluruh negeri Melaka ), dah kenal sangat lah denga
n aku ni....he he he....masa dulu2 seram sejuk jugak , tapi dah lama2 ni, aku tak kisah dah...Jadi pengerusi ni kena buat 'homework', kena susun nak 'address' ikut protokol, kalau tak nanti tak sedap ucapan kita, lain kali orang dah tak nak lantik lagi kita...hampehhhh....Jadi, kalau dah dipertanggungjawab tu, buatlah yang terbaik....Pantun wajib ( pembukaan ) seperti di bawah ini:

Kapal
dagang dari seberang
Penuh muatan kayu meranti
Dari jau
h, tuan penceramah datang
Kami semua setia menanti....


Ok tak? ok lah tu.
Bila dah selesai , hah ni pulak pantun penutup:

Anak itik lima-lima
Buah durian celah daun

Ceramah mu tuan ka
mi terima
Jadi ingatan bertahun-tahun...


Begitu lah biasanya kalau aku jadi pengerusi...

Aku ni bercadanglah petang2 nak pegi jogging kat pantai, tapi tak sempat2 jugak. Apa taknya aku ditugaskan cari / beli cenderamata...habis kuliah 4.30 petang , barulah boleh keluar cari cenderamata kat pekan PD. Agak payah jugak lah nak cari ikut kesesuaian, tak banyak pilihan dengan bajet yang terhad.

Kita orang kalau berkursus, biasanya berpakat kutip sumbangan 'menghadiahkan' cenderamata kepada pihak penganjur yang telah bertun
gkus lumus menguruskan kursus ni..,Aku lah juga jadi bendahari ( dah famous nak buat macamana kan...kita setulus ikhlas buat, tak kisah, tu yang depa senang dengan aku ni ).

Biasanya yang lebih2 tu aku pulangkan semula kepada peserta dengan membelikan cenderamata juga, jadi depa tahulah, setiap kali pergi kursus, biasanya dapat 'buahtangan' - tu yang seronok...Jadi, duit lama ada sikit, aku berpakat dengan kawan yang bawak kereta ni, beli kacang dan buah asam...Habis! Seronok, sebab dah malam2 berkuliah , faham2 ajelah mata mulalah kuyu...ke
cik besar, kecik besar tengok penceramah...Ada yang puji, wow best lah kali ni dapat makan kacang..macam murid2 jugak!!!tak kisah lah janji semua happy...

Kalau aku bawak laptop pun tak sempat2 nak bukak - walaupun ada wi-fi, sebab padat dengan 'kuliah' - malam habis , dah letih , titun aje le...


Inilah cendermata selaku pengerusi slot yang aku kendalikan.
Kegunaanya untuk meng'klip'kan paper notes - comel kan?


Lepas ni, aku nak berkemas2 dan get ready sebab esok 4 pagi aku dan hubby nak ke Tronoh Perak hantar Mohd ke Educamp Petronas selama 2 hari. Ikutkan esok sekolah ganti , tapi aku aku ambik cuti rehat.....


Baju dan blazer Mohd dah siap !




10 comments:

Melawis said...

Salam...saja-saja nak kongsi.Cuba-cubalah guna pantun ni lak.

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudi-sudilah mampir ke tanah ana yea.....

ONE ZABA said...

bukan jemput sebarang jemput,
mari makan jemput-jemput.

bukan ucap sebarang ucap,
makan nasi taruh kicap.

majlis bersurai....

Yunus Badawi said...

wah kalau kita buat gathering bloggers bolehlah minta sonata dan ckLah jadi MC atau pengerusi.

Saya tak pandai pantun sbb budak bandar ecece.

Macamana program kat Tronoh? Mohd nak masuk UTP ke lepas ni?

Dearie Pearls said...

xleh nak kenal which 1 is Sonata..
huhu..
tapi betul cakap Yunus..
boleh jadi MC utk gatherin bloggers.
huhu..

DUN Behrang 2020 said...

Wah...best arrr pantun one z tu...selalu gak "mempengerusikan" majlis sbb dorang saja x nak cari org lain...leh guna pantun tu...menarik dan dabomb!

DUN Behrang 2020 said...

maksud teman MC la tu...tersyasyul la pulak....

sonata anak kancil said...

Melawis: cikgu sekolah mana ni! sure kat2 sini gak...bagus pantun ni, boleh copy & paste!tq- rajin2 kalau senang tu datang rumah sonata juga..

OneZ:
makan nasi taruh kicap
campur dengan ikan goreng
makan nasi memang sedap
jaga2 sikit, jangan sampai terbaring...(tak bangun kang...)

YB: sonata pun bukan pandai noo berpantun, tapi kena buat2 pandai jugak!Tronoh? ok cek n3 baru ...

Lol Pearls: saje nak suruh teka & cari sendiri! kah kah..dasyat-dasyat ( lama2 kenal gak nanti )- tu gambar atas gambar!

Dun Behrang : ambik Dun, jangan tak ambik...sape tahu, hang tempat lain, kita tempat lain...pakat ambik aje le...bukan kena bayar pun!

GPI SKSV said...

Salam,
Pi tidoq kat mana di tronoh tu..
sy ada 'rumah tumpangan' kat situ..
tp dah terlambat la kot..
hahaha..

nawfalhomestay.blogspot.com

sonata anak kancil said...

GPI : ala terlambat la, tu lah lain kali cek2 le selalu...mana tahu hang ada homestay!kalau tak sure pegi kat2 situ gak! tido kat Lumut, best gak jalan2 kat Lumut.

GPI said...

tak ape.. lg pun.. penuh. ada org dah booked. maybe org tu sama program with ur son...

it's ok... lagi pun, syoq lagi dok marine kobe..