CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, April 14, 2009

Melaka - Tronoh - Lumut
































Majlis Perasmian - Di Dewan Cancelor





Lebih kurang jam 4 pagi aku & hubby berangkat bersama Mohd menuju ke Tronoh. Bersama2 pepagi buta tu, Fatehah dengan Ayeen nak balik ke UIA. Hantar depa kat KL Central dah dekat 5.30 pagi...LRT pun dah mula bergerak atas landasan!!!
Perhentian pertama & terakhir (ikut style YB) : Tapah R & R - solat subuh & makan le apa lagi! Dok perhati2, kedapatan ramai yang nak ke Tronoh jugak! Hubby jumpa member dia, (masa pendaftaran perasan spt mereka yang berhenti kat Tapah R & R).
Tiba kat UTP , lebih sikit jam 8 pagi. Sedang elok bebenor le tu, pendaftaran bermula jam 8 - 10 pagi.

Jam 10 mula taklimat untuk se
lected candidates ni - sempatlah aku rakam gambar2 semasa dalam Dewan Cancelor UTP. KAGUM lah, tengok UTP ni! Pegi tetap pegi, dapat tak tahu lah, tengok la ada nasib ke tidak! Mohon 8 ribu lebih, panggil untuk Educamp 15oo lebih (lupa exact figure), nak diberi hanyalah lebih kurang 595 sj!
Entah le...ada, ada la, tak ada, dah bukan rezeki, tak yah lah nak susah2 hati....



Dah selesai taklimat aku & hubby ke Lumut. Tido kat Marina Cove! Tak sangka pulak nak ke sini tahun ni - nostalgia, tahun lepas aku baru ke Marina Cove semasa pertandingan koir peringkat kebangsaan, bebudak aku wakil negeri Melaka.

Hubby tanya, ada bilik untuk hari tu (Sabtu).

"Berapa harga satu bilik?"

Staf pun tunjukkan flyer - price list.

"Ok, nak bilik cukup la", kata hubby.

"Hari ni, RM 158"

"Goverment servant?"

Aku pun lupa berapa ...( RM 140 lebih kot - tak ingat)
"Dik, ni apa beza harga bilik yang bawah ni - harga murah sikit?"aku tanya budak tu lagi.

"Yang atas tu, ada balcony - harga lebih sikit"

"Hah, tak payah - tak payah dik, tak perlu balcony - nak tidur aje, dah letih ni, nak balcony apa, tak ada balcony pun boleh tidur", hubby sambung lagi.

"Tapi yang ni single bed!"kat staf tu lagi.

"Tak pe, tak pe dik, single bed ke, janji boleh tidur - 1
malam je - bila boleh check-in?"

Staf tu pun check bilik , dapatlah kami check-in jam 12.

"Ok, ada queen bed ni, ok boleh?"


"Tak kisah dik, kalau queen bed lagi ok la!"kata hubby.

Goverment servant dapatlah discount lagi. Kurang lah sikit daripada harga yang ada balcony.























3 comments:

ONE ZABA said...

tak terjun laut ke.... mandi kat teluk batik pakai sua batik

Ibnurashidi said...

SAlam...

Mengantuk punya pasal dalam kereta pun boleh tidur:)

Jemput ke blog baru saya..

http://www.faridrashidi.com

sonata anak kancil said...

OneZ: tak sempat nak terjun ke laut, berjalan atas darat pun tak habis...


Ibnurashidi: dah lawat dah, makin "hebat" , bagus!

Kalau dah ngantuk, mana2 pun boleh tidur - letak je kepala , wasalam titun la jawabnya.