CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, April 14, 2009

Hectic Days




Hectic Days?


Yeah! Apa taknya dok "melayan" interview Mohd. Last Saturday & Sunday hantar dia ke Tronoh untuk Educamp Petronas (yang aku dok cite tu...) . Tiba ke rumah , hampir jam 11 malam Isnin...


Esoknya pegi sekolah macam biasa. Mana ada istilah nak cuti2, tapi ada orang dah mohon cuti awal2 (macam2 cuti), tak ke letih tu! kalau aku cuti - "lumpuh" lah kerja yang sentiasa menanti, bertambah ade le...Bila di pejabat tu, macam2 urusan murid ni yang tak pernah habis2...betapa ramainya anak murid, macam tu la banyak kerenah nya!


Tak pe la, aku ni sambil menyelam minum air ( tak lemas ke???).... Hantar je Mohd masuk kampus, lepas tu, aku & hubby pergi lah ke Lumut...Melancong lah kita orang kat Lumut ! Jalan di Bandar Lumut ...

(nanti aku tepek Lumut next N3 kat sini - tolong promosi percuma) - hubby yang ambik sekitar Lumut untuk dia punya koleksi gambar landscape untuk lectures/ceramah kursus.


Hari Selasa semalam pulak ke KL, hantar Mohd interview Mara jam 4 petang...Mintak jasa baik dengan bos, keluar awal sikit, & kebetulan Melaka cuti pada hari ni 15 hb
( Hari Raya Melaka Bandaraya Bersejarah ), so lebih baik lah aku ikut - kena tido di KL sebab pada hari ni dia dapat juga interview Telekom.


Pulak tu kat sekolah ada majlis jamuan makan tengahari 2 orang staf pencen, tapi cikgu ni bungkuskan aku nasi beryani sebab aku dah tak sempat nak bersama2 mereka ( dapat jugak rasa nasi orang pencen)....Entah lah ada rezeki ade le...Punyalah ramai yang datang ! Dalam hujan agak lebat, meredah KL - biasa la kan orang2 di KL kan , jem memanjang ....nasib baik tiba almost on time petang semalam.

Dekat jam 5 petang baru dia habis interview - cadangnya nak tido kat Quality Hotel - cari parking susah - penuh! Tak jadi...teruslah ke Dynasty Hotel Jalan Ipoh.

Dah selesai check in , aku ngan Mohd pegi ke KLCC - saja jalan2, Mohd pun nak release tension , sebab hari ni nak pegi lagi . Hubby nak rehat aje - dah keletihan dok drive. Naik LRT, kejap je sampai - habis jalan2 - biasa la, aku akan ke Kinokuniya. Jumpa lah satu buku ni : La Tahzan - Jangan Bersedih ( teringat lah kat ckLah - La Tahzan ) , belek punya belek, aku sambar aje le! Mohd ambik satu buku cite omputih apa tajuk entah le...dok baca la tu, senyap aje. Balik ke hotel kat jam 9 lebih.

Pepagi tadi jam +- jam 7.45 dah keluar nak pegi hantar Mohd ke Menara Telekom kat Bangsar ( ye ke???agaknya la - aku tak ambik pot kat mana ). Nak hantar dengan teksi - hubby takut tak cam nak lalu jalan arah ke sana - lama2 kang ada tak sampai on time - tengok2 teksi yang lalu, ada orang je...Dah agak cemas, dah dekat pukul 8, nanti jem lagi - sibuk dengan orang nak masuk pejabat dll. ( teringat jugak kat YB - kalau YB boleh tolong hantar - boleh tak YB??? masa ni lah teringat kawan - tak gitu YB??? tapi YB sibuk kot...harap2 YB baca la N3 ni , he he he....).

Nak jadi rezeki kita orang , hubby terjumpalah member dia sedang minum somewhere belakang hotel tu. Rupanya, depa selalu lepak kat situ pagi2 sebelum pegi pejabat. Hubby kata nak cepat nak naik teksi - tapi member tu hantar aje kita orang ke sana.

So, sampai lah before time jam 9 pagi. Bila Mohd dah daftar , dia kena naik ke tingkat 9, aku kena tunggu di bawah. Alamak, apa aku nak buat ni? Hubby dah keluar semula dengan member dia pekena kopi kat mana tak tahu.


Buku La Tahzan pun aku tak bawak, huh buang masa aje , termanggu2 tengok orang dok masuk pejabat. Telefon hubby, aku nak balik ke hotel. So, naik LRT di Kerinci - sampailah aku ke hotel. Lega, habis 2 papers NST & Metro aku baca - sampai jam 12 kena check - out, si Mohd tak habis2 lagi interview! Hubby pun dah boring jugak, nak tak nak dia kena tunggu j, jam 1 baru beres!

Lepas tu, pegi keUIA ambik Farhan nak balik - bawak balik barang2, dia dah habis exam , Fatehah next week baru habis. Dah kelaparan - bersantap kat cafe UIA nasi ayam - ok la, kalau dah lapar , bantai aje la, jangan banyak soal.

On the way back, singgah jugak la kat kolej Farahin di Seremban, tak singgah kang - muncung la jawabnya! Dekat jam 6 baru lah tiba ke rumah. Huh letih , esok gi sekolah & esok pulak ada majlis send-off cikgu yang bersara tu! Hari Jumaat ada majlis hi-tea kat CityBay View Hotel meraikan depa ni. Masa sangat2 berkualiti! What's a hectic days!








3 comments:

Myza Pesona said...

Kita serupa....sibuk dengan macam2 urusan hingakan kdg2 terpaksa memilih! Yang mana lebih penting dan patut didahulukan!

Dearie Pearls said...

Hye there..
Datang kat blog LOL k.
Amik Award ChanteQ..
Hehe..
Gud day!

sonata anak kancil said...

Myza: Pengurusan masa yang bijak...

LoLPearls: Tq, Will get it...