CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, March 26, 2009

kerja-kerja-kerja....

Sejak ulang tahun pertama - aku terus menyepi di maya pada ni...aku 'keletihan' , aku 'kepeningan', sibuk-sibuk-sibuk....kerja-kerja-kerja. Balik rumah mencecah jam 4.00 petang! Cikgu ke ni? ha ha ha ...ni lah gayanya kerja cikgu hari ni...Minggu ni, memang minggu sibuk bagi aku dan amnya satu sekolah.

Apa taknya, hari pertama aje 23.3.09, aku ganti bos merasmikan "minggu kemannusian" masa perhimpunan rasmi. Bos ngan 2nd bos 'terpaksa' urusan rasmi JPN. Hari tu aku jadi 'bos'!

Pulak tu, hari ni lah juga berduyun2 bebudak praktikal 10 orang datang dari UPM...kena 'handle' mereka ni, macam orang baru nak masuk kerja , melapor diri...

Lepas tu 'bertalu2' la, cikgu - cikgi yang mintak 'permission' aku tandatangan untuk reso kertas ujian.Mesti kena mintak 'permission" - baru 'pak reso' ni buat , pada hal dah tugas dia kena buat, lagi pun dah arahan bos, so mesti ikut...Jadi, naik 'lenguh' lah tangan aku dok menyain dan macam2 la kena sain. Surat masuk / surat keluar....cewah, eksyen aku jadi bos! tapi aku dah biasa kerja2 ni semua...

Sampai ke tengahari, tak nyempat2 nak ke kantin, kot2 ada lah apa yang boleh dimakan, tapi itu no hal, sebab aku dah bersiap sedia, aku bawak air panas + oat...hu hu hu...oklah, oat mengenyangkan , jadi tak lah 'lapor' sangat.

Sampai rumah dah petang - aduh rasa macam 'pening2 lalat'...memaksakan aku telan actifast. Terpaksa, kasi tahan sikit. Asar - magrib - bedeboooommmm...aku titun! Isyak bangun ---ingat -bukan tak ingat! Pas tu sambung terus sampai 5.30 pagi esoknya!

Selasa petang meeting / taklimat dengan semua guru - sebab 27.3 ni PIBG meeting. Hahhhh, ni lah yang sibuk bebenor sebab persiapan PIBG meeting. Kepala masih pening2 lagi...sari hari ni pun dah makan actifast. Beritahu hubby - jawapan nya senang - gi klinik, ambik MC, senang nya cakap! Selagi aku boleh berjalan - masih tak terhoyong hayang, aku gagahi juga ke sekolah...Dalam handbag berpeket actifast...Air panas + oat aku dah memang standbuy...

Rabu , ada koku semua budak balik 3.30 ptg, so, cikgu cikgi macam tu lah juga, aku apa lagi mestilah lebih dari depa semua! apa hal pulak bos balik cepat! gitu lah, kepimpinan melalui teladan...dalam tak berapa ok, JK cendermata mintak pulak aku beli cemderamata - so, pergilah ke Jusco ( ni yang terdekat dengan rumah aku )....Lepas magrib - terus lah berdebooommmm....

Khamis - pepagi tadi aku dah buat checklist dengan semua JK utama tentang persiapan meeting PIBG. Semua nya dah ok, bagus cikgu2 aku ni buat kerja, semua beres. Yang penting, kita kena sama2 'turun padang' tengok apa yang dibuat. Bukan main 'lepas tangan', mengarah aje...Alhamdullilah petang ni, aku dah ok sikit...Ada lagi nak kena tambah cenderamata, jap lagi aku pegi lah ke Jusco.

Esok ptg, PIBG meeting....balik petang lagi...




8 comments:

ONE ZABA said...

apa pun...tahniah kerna begitu komited dlm kerja. saya amat menghormati org sebegini. tapi, pasti ada org yg tak begitu senang dgn corak kerja yg sebegitu. dan pastinya juga ada gelaran lain yang diberikan kepada yg empunya diri.

sonata anak kancil said...

OneZ: Itu dah tentu ada dimana2. Saya memang tahu hal ini, kira apa - nak kata la. Apa mereka boleh buat? Dah 4 bos + 1 baru = dengan saya semua no problems, semua kamceng ngan saya!

Saya macam ni ke atau sebaliknya - saya adalah orang paling senior kat sekolah ini! Nak kejar pangkat? Saya tak kisah, bos yang lepas2 pun dah menaikkan pangkat saya , dah awal2 dulu 1x melintang dah APC 1x,dah max gaji (sama ngan bos)- syukur alhamdullilah..ikutkan nak pencen aje..tapi saya terus la komited kerja.

Unknown said...

cikgu kan boleh jadi macam2... tu belum ambil kira lagi, cikgu yg jadi polis, jadi askar, jadi bomba, jadi doktor, jadi jpj.... pendek kata sebut je la kementerian apa ada kat mesia ni... semuanya cikgu boleh jadi

sonata anak kancil said...

shifu67: memang betul tu! saya tabik spring kat semua guru! sebut apa saja - semua boleh buat...(ni yang serba boleh..) ada gak - yang datang ngajar je - klu bos saya tahu macam ni - selalu dia kata - pegi cari keje lain la....macam ni payah la..

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Tahniah cikgu yang sebenarnya cikgu, payah nak cari jaman sekarang...Pengetua lagilah teramat bussynya... Malam tadi kami Forum Perdana Hal Ehwa Islam (rakaman) pagi ini bawa vvip keliling pulau labuan naik kapal laut Jabatan Laut, petang baru hadap meja...esok ke Pulau Papan Labuan tauliah KRS...Apa pun laksanakan tugas seikhlasnya kan?..

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : saya sokong dengan Tuan Pengetua Labuan ni! Sama la kita tuan! Ni hah baru habis meeting PIBG kat 6.30 petang - masih siang lagi, kat sana dah gelap weh!!!Demi komitmen tugas, kita laksanakan seikhlas2nya. Allah jua yang mengetahui segalanya...

Yunus Badawi said...

Kalau tanya org semua akan kata sibuk hatta yg takde kerja. Jadi mcm sonata yg mmg banyak kerja, lakukan ajelah yg terbaik. Niat kerana Allah demi anak2 bangsa dan tanggungjawab. InsyaAllah Dia akan bantu.
Macamana mesyuarat PIBG hari ni? Harap berjalan lancar.

sonata anak kancil said...

YB: alhamdullilah beres! the shortest PIBG meeting ! Iaitu pembubaran AJK lama - tak lama lepas tu, sorang wakil ibubapa - mintak AJK lama sambung lagi 2 tahun! Ada sokong pulak tu...sebulat suara. Tamat.