CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, February 9, 2009

RAGBI MSSM NEGERI MELAKA 2009



Pertandingan akhir Piala Plate - SBPI Selandar mengalahkan
sekolah tuan rumah
( aku le tu...) Ok gak, dapat naib Johan, kira ok la tu...

Majlis penutup : pada Ahad 8.2.09 - mulai 4.30 petang

Johan : KYS

Majlis penyampaian hadiah - yang berkemeja kotak2 tu Pengarah, yang pakai t-shirt putih sebelah kanan pengarah - bos aku la tu...Berbaju batik jingga tu, PPD Melaka Tengah. Sengaja tak mahu tunjukkan muka, snap dari atas pentas...Yang ber-t-shirt putih kiri sekali, itulah coach budak2 aku...cikgu K.


Peringkat kebangsaan akan diadakan di Melaka (cuti sekolah bulan Mac) - sekolah aku jadi salah satu venue jugak...Kalau nak tengok pengarah / bos / (aku???) hahahha...sila lah datang ke Melaka...

Johan Piala Bowl Kolej Yayasan Saad mengalahkan
SM Sains Muzaffar Syah (MOZAC)


10 comments:

SAHAR MISRON said...

Wah, sekolah cikgu Naib Johan, kira okaylah....Semoga terus menyerlah...

erisya nor said...

alahai...jauhnya ..melaka!letak ler gambar depan sama ;)

tahniah!

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar dan Erisya: terima kasih...

Kalau diukur keseluruhan, sekolah saya kedudukan ke 4. Ok lah drp 18 buah sekolah (lupa exact figure).

Piala Plate tu - dikira pertandingan dalam pasukan2 yg kalah. Piala Bowl tu - pertandingan pasukan2 yang menang. Dipecahkan kpd 2 kategori - gitulah yg dimaklumkan kpd saya.

Bukan reti tengok ragbi ni ( tak kuasa nak gi study )

Y. Ibrahim said...

Kira OK le tu... Sekolah yg ada Ragbi tu kira hebat le. tak banyak sek yg ada game tu...saya pun reti tengok je...

Y. Ibrahim said...

Tadi ada mesy GKMP Bahasa, jumpa pn. Kholimaton, dia dah ada 5 cucu...

sonata anak kancil said...

Aibiwai: nak kata hebat tu tak tahu la, boleh la...Tapi KYS tu, memang dia sentiasa menang...watak ragbi, lawan2 dia oversea je!

Ye ye ...masih ingat lagi Pn Kholimaton, sekolah mana dia skg?

Y. Ibrahim said...

Pn. Kholimaton masih setia kat taman selayang. katanya dah masuk zon selesa di sana, tak mau ke mana-mana lagi. Masih ramai lagi geng-geng lama kat taman selayang tu, pn norlia, pn zalina, pn jaradah dll lagi le.

Ibnurashidi said...

Salam Sonata anak kancil...

Nampaknya ada kejohanan Ragbi ya. Apapun tahniah diucapkan..semoga berbahagia..

sonata anak kancil said...

Ibnurashidi: terima kasih...kita ni kenalah gi tengok buta je! Bukannya faham 'undang2' ragbi ni...kena memenuhkan ruang jemputan, kalau tak nanti kosong - kena 'sound' dengan big bos - protokol penting!

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Cikgu Sonata, mana pegi Cikgu Tera, dah hilang bloq dia pulak, ada satu invited readers sahaja....apa dah jadi ya?

- Sahar