CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, February 7, 2009

Haaaa....Dah lega!




Buka mata, buka mata...



Bukan main kuat lagi, Dr Dass mencabut gigi tepi bawah ...bayangkanlah macam cabut ubi kayu!...Kita orang lama ni, tahu lah macam mana payahnya nak cabut sepokok ubi kayu...Macam tu la gambarannya doktor ni mencabut gigi pagi tadi.

Dek kerana ngilu bunyi serekkkkkkk...serekkkkk pembantu dia meletakkan hose penyedut air liur, tambah pulak doktor macam susah nak cabut, lagi la aku kejam mata... Tu yang dia suruh bukak mata! Lama kang pengsan baru tahu....

Sebenarnya gigi aku ni kuat lagi...Tapi tu lah dulu2 tak rajin nak jaga (ye le tu ), jadi berlubang lah...Bila dah berlubang ditampalnya...Maka lepas tampal tu ( dah lama dah entah berapa tak tahun lupa dah ), takut makin merebak ke kalau dah lama2 , sayang kan gigi tu, maka dulu2 tu buat lah rawatan root-canal . Ni adalah untuk mematikan nerves , so tak lah rasa sakit,kalau sikit2 ada masalah...( gigi mati )

Nak jadi kan sebab, petang semalam, separuh gigi ni dah patah / serpih...Jadi tertinggal tunggul tampalan tu...Agaknya dah nipis gigi ni. Baki gigi tu, sangat tajam, sampai luka bawah lidah..Memanglah rasa tak selesa nak makan minum.

Pepagi tadi,aku nekad pegi ke klinik gigi, untuk tampal semula. Pergi la ke klinik Dr Dass Jalan Ong Kim Wee. Ini doktor lama, memang famous, kalau cabut gigi ni, kalau sape2 takut cabut gigi, dengan Dr Dass ni jangan bimbang lah gerenti tak sakit!

Bila beritahu aku nak tampal, dia kata dah tak boleh tampal lagi, dah besar patah gigi ni.So kena cabut. Nak tak nak kena setuju cabut le...

Dibiusnya dekat gigi dan gusi, sakit cucuk jarum je, tak lah sakit benar...Tunggu sekejap supaya rasa kebas...hah lepas tu doktor ni kerja kan lah mencabut gigi, macam cabut ubi kayu!Bukan main kuat dia mengerudi gigi ni...Nasib baik lah Dr Dass ni tegap orangnya! Sesuai lah jadi doktor cabut gigi ni... Lepas tu dia jahit lubang gigi tu, hari sabtu depan datang semula untuk cabut benang...

Hah dah lega dah...hilang sebatang gigi dengan harga rm80 sahaja! He he he...yang pasti aku dah lega....

13 comments:

Tirana said...

Gigi yang hilang tu kena ganti dengan gigi palsu la tu..hehehe...

sonata anak kancil said...

Tirana: Tengok la dulu macam mana...rasa2 tak payah la, kalau buat pun tak selesa lagi ade le!
(dah ada 2 gigi palsu utk gigi tepi atas - jarang pakai sebab tak selesa , susah pulak nak makan!)

Anonymous said...

Ingatkan lega sbb dah siap esei utk PTK! Rupanya lega sbb gighi dah cabut! Myza pun dah cabut gigi yg bawah tu! Yang belah tepi! Samapi demam dibuatnya!Pun kena jahit jugak!

ONE ZABA said...

tu la antara ciri-ciri yg empunya gigi dah tak boleh mamah benda2 keras.
cuba pakai acuan karipap buat ganti gigi....ok kut. heee..heee

sonata anak kancil said...

Myza: Wah sama lah kita ye...tapi sonata ni, ok je...memang tak rasa sakit pun! Dah boleh makan macam biasa...

esei belum2 siap lagi, draft pertama ingatkan dah ok,tapi rasanya silap, so kena redo...

sonata anak kancil said...

OneZ: betul la tu, ingatkan boleh le mamah benda2 keras seperti batang buruk, ubi kayu, tepung pelita dan lain2 yang keras...rupanya gigi ni pun ikut umur gak...makin tua makin le mudah reput...

Acuan karipap cap apa yang bagus?hah tolong belikan untuk saya! he3...

Anonymous said...

free2 doktor tu dapat $80

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Sakit gigi ni memang seksa kan cg... sekarang dah ok... saya kalau tak sakit tak cabutlah jawabnya... biarlah goyang pun tak apa..

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar: kategori takut ni! tak boleh cikgu...kalau dah goyang tu, pegi cabut la...kalau tak lagi seksa!

SAHAR MISRON said...

Bukan apa, bukan takut ,tapi sayang kat gigi asal...tak selesa pakai gigi palsu, nanti makan dodol tertelan pulak

Anonymous said...

nak scalling..nak scalling.. :(

Ibnurashidi said...

Saya baru-baru ni cabut gigi disini hanya caj LE13 bersamaan tak sampai rm10. Cukup pantas dan tak sakit Dr mencabut. Hanya beberapa saat sudah berjaya mencabut gigi gerham.

sonata anak kancil said...

Ibnurashidi:ni sudah bagus! di sana belanjanya murah ye? m'sia ni mahal la...kalau mahal setimpal dengan kejenya tak pe la, kalau sebaliknya tu yg bercakap mcm2...