CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, February 1, 2009

Ciptaan Lelaki & Perempuan

Entah kenapa, saat aku dan hubby sedang breakfast...

Menu: biasa lah : roti canai + milo + neslo (hubby)

Waktu2 inilah biasanya aku akan gunakan masa "keemasan" bersama hubby berdiskusi macam2 hal...dari hal anak/keluarga/apa2 yang nak dibincangkan...sambil2 tu jugak aku suka tengok/perhati gelagat "lakonan" manusia ni...

Aku suka tengok, pasangan yang berjalan bersama2 pergi breakfast, beli ikan/sayuran dll -mungkin mereka dah tak ada anak2 kecik /anak2 kecik ditinggalkan di rumah/apa2 la terpulang lah keluarga masing2 kan...(macam aku dah tak ada anak kecik...hujung2 minggu ni, kalau hubby tak ke mana2 macam ni lah kami)

"bang, Allah Taala jadikan manusia/lain2 ni berpasang-pasangan...agak2 ada tak manusia ni tak ada pasangannya?"

"ada", ringkas jawabnya...

"kan Allah Taala dah kata begitu, pasangan dah ditentukan / dah ada, kenapa tak nak cari pasangan masing2?"

Entah kenapa, rasa macam soalan budak2 pulak...

Allah dah berfirman, dah kata..."Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?" - surah 78, ayat 8

Tafsiran: Allah menciptakan kalian dalam dua jenis, iaitu lelaki & perempuan agar kalian saling mengasihi dan membantu dalam mengupayakan kebahgiaan hidup serta melanjutkan kesinambungan keturunan" ( ni bila balik rumah, aku rujuk, sebab tak ingat ayat lengkap masa berborak tadi..)


Aku tanya lagi "adakah mereka yang dah ada pasangan, tapi tak nak berpasangan, langgar perintah la macam tu"...

"tak tahu lah tu.. tak nak ikut sunnah nabi..."

Hahahah...nampak simple, tapi "berat" nak diskas...

Sape nak sambung , sambung le...


******************************************bersambung semula


Tengahari tadi, aku diminta mengiringi pengantin bertandang
ke rumah pihak lelaki pulak di Taman Asean,Malim.


Lepas tu, dimintanya aku juga menepung tawar pasangan ini.
Selesai, aku ucapkan Tahniah! Dapatlah satu bunga telur...
Teringatlah aku entry yang aku tulis...

"Sesungguhnya hari ini, kau orang dah bertemu pasangan masing2"




14 comments:

Tirana said...

Pandai cikgu sonata buat entry...suruh orang lain sambung...hehehe.. Tak kira..saya nak cikgu sonata jugak yang sambung entry ni..saya cuma nak baca aje..

Ade ke orang tak nak berpasangan (ie kawin)? Ramai yang saya jumpa bila ditanya semua jawab nak kawin namun belum sampai seru..begitulah selalu yang dijawab.

bawangmerah said...

in penah tanya abah "abah, kalau in tak kawen, boleh tak? sebab skang ni, pompuan boleh je hidup sendiri. asal ada profesion/kerjaya, duit, harta, rumah, semua mesti ok"

pastu abah cakap "tak boleh. bukan abah cakap. nabi yang cakap"

-_-"

Anonymous said...

Bila semuanya dah cukup dr ie; segi kewangan, bersedia fizikal & mental dan ada pilihan hati elok la kawen je.. ape nak dtunggu2 nnt dikebas org. Perkahwinan akan membentuk keluarga dan menambah zuriat... mereka saling melengkapi satu sama lain... rugi le sape yg tak nak kawen tu!

ONE ZABA said...

aku lak...kalau le aku tau kawen tu best...lahir je ke dunia ni, pasti aku mmerengek-rengek kat omak suruh carikan pasangan...alaaa omak kaweeeenkan aku.

sonata anak kancil said...

Tirana: ok-ok saya akan sambung jap lagi...

Selalu kita dengar macam tu lah. Atau ada juga alasan lain, terpulang kpd individu.Yg jawab macam tu, nak seru macam tak tahula..

sonata anak kancil said...

Cikbawangmerah: tak boleh bersikap macam tu, kawen pun kena think positive.

sonata anak kancil said...

Tera: jika nak tunggu semua cukup,rasanya kita manusia ni, tak pernah2 cukup. Kalau begitu tak kawen la saya! Cukup tak cukup, semuanya adalah subjektif.

Kalau ikutkan, saya tak cukup syarat (dr segi kewangan - dulu2 la ), tapi kawen gak! he3 ok pe...
{mental & fizikal - kuat! apa taknya, lepas nikah 10 bln kena "tinggal"- hubby ke usa }

Ikut la sunnah nabi.

sonata anak kancil said...

OneZ: jangan ingat yang kawen best tu semua itu benar2 best...itu masing2 punya telahan...he3...lu fikirlah sendiri!

Cuba ajar , macam cara nangis merengek2 menunjukkan nak kaween...biar emak2 ni faham...

DUN Behrang 2020 said...

Brader oneZ tu faham sbnr2nya erti "kawin", tu yg merengek tu...dah tertulis perkahwinan tu saling melengkapi...yg x kawin tu kira belum lengkap la...fikir2 kan!!!

sonata anak kancil said...

Dun A. Rani & lain2: Syukur kita semua telah dianugerahi alam perkahwinan, semoga kita sama2 menjaga kebahgiaan rumahtangga kita - semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT.

mana2 yang belum tu, insyaAllah semuanya adalah ketentuan Illahi.

♥ AwenShahOmar ♥ said...

takut ar umi bile pikir pasal kawin nie..
tak takut dugaan die or lain2..
tapi takut biler pikir bab jodoh tu..
skrg nie, tak tau gy sape jodoh..
huhu,,
mudah2an diberikan jodoh dgn org yg baik2, dgn org yg Allah sayangi..

sonata anak kancil said...

cinderellawin: jangan susah hati, jodoh akan sampai jua. Belajar dulu, belajar hingga tergapai cita2...

Anonymous said...

ehem2..
tak cukup dari segi kewangan
boleh kawen eh??

nak jugaklaa

hahaha

sonata anak kancil said...

fatehah: boleh...depend pd individu...