CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, January 11, 2009

PERANG-PERANG-PERANG, TAKKAN TAMAT...

HAH, SIBUK KISAH PERANG.
PERANG-PERANG-PERANG !!!


Macam2 perang ada...Yang kat Gaza tu usah cerita lah, kita yang tak 'berpeluang' ke sana, bukan main ngeri lagi...Tengok gambar/dengar berita pun kecut sekecut2nya tentang perang ni...Aku anak lepas merdeka, tak terasa masa penjajah dulu - zaman perang.

Apa yang boleh kita buat, kita pakat perang saraf aje la...Boikot barang2 yang boleh menyemarakkan lagi perang kat sana. Kita dari jauh ni mampu berdoa sebagai senjata perang kita di sini. Semoga, mereka berjuang tu kategori syahid...

Itu hal kisah perang yang sedang berlaku.


Sekarang dah sekolah nak masuk minggu ke2. Perang boleh berlaku juga!!!Terutama anak2 yang akan periksa tahun ni, UPSR/PMR/SPM/STPM....Bersiap sedialah nak berperang tahun ni...Awal2 tahun ni, lengkapkan dengan latihan yang mantap, senjata2 yang kuat lagi kukuh...Kalau tak cukup latihan/ tak cukup senjata, nak menang dengan cemerlang, usah harap le...Yang penting dengar cakap ketua. Ketua cakap /perintah kena ikut. Kalau tak, jadi macam perang Uhud ...tak dengar cakap, habis kalah...

Aku pun nak berperang juga tahun ni. Semalam aku dah mula nak kumpul senjata! Nak mantap betul2, kang aku kalah, tak best la....Aku nak menang!!!Walaupun tarikh peperangan tu belum diumumkan, aku tahu , aku akan tempuh juga...Akhir tahun lepas, aku dah confirm nak gi perang tahun ni...Mungkin bulan Mac / April kot....Tak tahu la...( apa lagi PTK la ni ! ) Yang sebelum ni
dah menang 4-4...Ni yang wat berkobar2 nak menang lagi...

Kalau perang peringkat2 'general' ni, huh payah juga! Aku kena get ready awal2 ni, tengok2 banyak nak kena siap sedia!!!Aduh banyak nya....Ya Allah, ya Tuhan semoga aku memenangi peperangan ini! AMIN.

13 comments:

Unknown said...

Mari kita berperang : kalau berperang : mesti ada penyerang dan orang kena serang kan....yang tentunya media...

Orang menyerang : tentunya dihujungnya nak menang.
Orang yg diserang : tentunya dihujung nak menang.

macam kita mungkin begini agaknya cgu : selalunya yang menjadikan TERUKnya PEPERANGAN bila ' orang yg diserang ' tdk BERSEDIA untuk di serang...dan tentunya yg MENYERANG..dan bersedia untuk menyerang..

Untuk itu hari ini : kita sedia tahu beberapa keBIASAan kita....bersedia untuk itu sebab tidak ada orang berperang nak kalah kan.....ini sekadar pandangan.

sonata anak kancil said...

Betul tu kata Jinggo, semua pihak nak menang, jadi yang menyerang /diserang kena siap sedia...

Untuk itu...kita2 ni , perlu buat anjakan paradigma dari keBIASAan..

ONE ZABA said...

huwaaa.... tak menang lagi dlm ptk ... mintak-mintak mac nanti menang la.

sonata anak kancil said...

OneZ: perlu mantapkan lagi persiapan/persediaan yang cukup rapi...

Dearie Pearls said...

Salam Singgah..
Selamat Berperang..
Chayok, chayok..

DUN Behrang 2020 said...

Nasihat yang baik tu...mantapkan persiapan dan tingkatkan persediaan...

Myza Pesona said...

Selamat berperang. Saya akan berperang pada bulan Ogos nanti, insyaallah. Sebab bulan Mac nanti, saya nak pergi bercuti, insyaallah! Nanti, bolehla kongsi soalan ye!

sonata anak kancil said...

LotsOfLOve: Singgah2 le selalu...selamat berperang - macam2 kategori perang !

sonata anak kancil said...

Dun A.Rani: Bersiap sedia la...Dah tahu, jangan nak berdalih2 lagi...ayuh kuatkan semangat untuk terus berjuang...

sonata anak kancil said...

Myza Pesona: No problem...pegi le bercuti, tenangkan fikiran dah letih2 kejo yang tak habis2 ni, bila dapat peluang bercuti, jangan tak pegi..."Perang2" atas dunia ni no hal punya...Peluang keemasan datang sekali je...

Sheikh said...

aku nak memerangi hutang ,
bukan berperang kerana hutang hehehe !

Mak Su said...

whoa! ok, ok, semangat, caiyuk caiyuk, terus berjaya!

sonata anak kancil said...

Terima kasih Mak Su...kena gagah perkasa & bersemangat juang yang tinggi...