CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, November 30, 2008

Day 2 - Herritage Village (Kampung Warisan)










Antara koleksi sekitar Kampung Warisan , sebelum masuk ke Muzium. Bayaran masuk: RM2 (local).

Day 2 - Wetland Centre (mangroove) & Bird Sanctuary


















Fees :
Adult RM3
Student RM2
(my card)

Day 2 - Kota Kinabalu City

Kota Kinabalu City from Signal Hill







Signal Hill










Saturday, November 29, 2008

Melaka ke Sabah









Day 1

27.11.08 bermulalah perjalanan dari Melaka Ke Sabah. Lebih kurang 13 jam perjalanan sampailah aku dengan kakak ke bumi negeri di bawah bayu !

11.30 pagi - Melaka Sentral ke Seremban (transnasional bas)

1.30 petang - Seremban ke KL Central (Komuter)

Relax - makan ( dah lapar - chicken rice )

4.30 petang - ke LCCT ( Air-Asia bas )

9.25 malam - flight ke KK

12.55 malam (tepat) seperti tertera atas tiket - landed di KK
Mariamah ( GB - SK Bandar Tawau ) & Alynn sedang menunggu ! Terima kasih~~~

1.30 pagi - tiba di Taman Fulliwa
'
Makan nasi + udang goreng ( besar2 - sebab tempatnya) + sup ayam + sayur + berborak lagi! )

2.00 pagi - dah keletihan - baru lah tidokkkk.

Wednesday, November 26, 2008

Kes bengang

Nasib baik kakak gi ambik Fahd di kolam renang jam 10 tadi. Tak lama lepas tu, orang yang nak mintak derma hari kelmarin datang lagi! Apa lagi aku bengang dengan dia. Dia ingat rupanya nak mintak dan datang lagi. Cepat2 aku sebut nama Pak Chat. Dia pun macam terperanjat juga sebab agaknya macamana aku boleh tahu nama Pak Chat. Aku kata, Pak Chat dah beri semua bantuan.

" ala kak, macam apa dia beri bantuan rumah".

"ok lah tu, habis nak macamana lagi???" Tak bersyukur betul dengan apa orang dah bagi. Dia tetap nak mintak duit kata anak nak balik ke universiti. Bohong! Modalnya tunjukkan surat tawaran anak dan tempat dia kerja.

Aku pun terus suruh Farhan ambik telefon, terus telefon Pak Chat depan2 dia. Dia bengang la aku bercakap dengan Pak Chat. Dan2 dia terus keluar...

Lepas dia dah berderum balik, aku telefon Pak Chat semula.

Pak Chat kata, sanggup dia pegi rumah2 orang / rumah cikgu mintak duit, sepatutnya waktu ni waktu kerja. Malas kerja...Nak senang dapat duit, mintak sedekah, bukan minta derma lagi. Huh aku dah memang hot dengan orang macam ni.Sebab dah tahu penagih, tu yang menyampah betul aku.


"Macamana ni kami bimbang lah Pak Chat".

"Ok tak pe, nanti saya tengok dan akan telefon polis".

"Ok, terima kasih Pak Chat"...

Aku terus telefon hubby kat ofis....Tak boleh jadi macam ni.

Kalau anak2 yang lain ada tadi, habislah. Selalunya, dia orang ni akan bertalu2 lah panggil aku / mereka ingat semua orang baik2 dan orang mintak2 derma ni terus pakai bagi je...

Swimming Class

Menara Taming Sari - Dataran Pahlawan




7.45 pagi Fahd dah mula masuk kolam

Tuesday, November 25, 2008

5 situasi santai



Situasi 1


Semalam (24.11) hubby telefon dari Kuching....

"Umi, along nak balik!"...

"Apa? Along?"....aku terperanjat la.(Macam along, kasi pinjam2 duit tu...).

"Ye la, Farhan ( Sheikh Farhan ) on the way dari KL, dia mintak ambik kat Melaka Sentral"...

"Ohhh,ok,ok,ok....( sebab kekadang dia guna along / kekadang Farhan )


Situasi 2

Pagi tadi (25.11) selepas breakfast dan nak hantar Fahd gi swimming ( 1st day ). Ikut sama kakak ( Siti Fatehah ) dan hubby.

"Abah dah lama tak sembur kereta"...

"Apa? Sembur kereta?", serentak aku ngan kakak terperanjat.

"Ye la, lama dah rasa nak sembur" ( nak cat baru le kereta Honda dia tu )...

"Hah...cat baru, sabau le", aku sekali lagi serentak ngan kakak menyampuk, keluar lah loghat Melaka. ( pada hal kita orang Johorian)...Orang Johor biasanya cakap, kita orang....he he he...

Kami pun gelak...


Situasi 3

In ( Siti Farahin ) beritahu abah...dia nak balik lepas exam 28.11.

"Abah, In macamana?"

"In tetap macam biasa, anak abah...."

Dia pun bengang...Explain panjang lebar la pada abah , macamana dia nak balik nanti samada abah nak ambik kat KMS / dengan bas saja.


Situasi 4

Malam semalam ( 24.11 ) Mohd ( Sheikh Mohammad Faisal ) telefon...

Aku pun tanyalah exam paper Kimia.

"Macamana Kimia, boleh buat?"

"Susah sikit", dia kata.

"Bagus, ok la tu," aku jawab semula.

"Kenapa?Bagus?"

"Ye la, senang banyak! Mohd boleh buat la"...

"Ye, ye, boleh, boleh insyaAllah"...dia tak terkata apa.


Situasi 5

Aku ajak Fahd ( Sheikh Mohamad Fahd ) gi jogging / brisk walking...

"ala malu la, nanti orang tengok!"

"kalau tak bagi orang tengok, hah jogging dalam hutan, biar beruk, monyet tengok...."aku jawab selamba.

"apa la umi ni....."




Monday, November 24, 2008

Jalan ku lalui





Inilah jalan yang aku lalui di Stadium Tun Fatimah setiap pagi atau petang.
Pagi ni tak tak ramai orang sebab ramai gi kerja agaknya!

Sunday, November 23, 2008

Bukan lagi satu rumah satu komputer

Tajuk di atas, pada pendapat aku dah tak berapa betul. Kalau kat rumah ni , jika satu rumah satu komputer - perang besar lah jawabnya. Atau 24 jam lah komputer tu digunakan, sebab kena tunggu giliran.

Jadi, kat rumah aku ni dah tak boleh guna pakai lagi. Emak bapak, guna komputer masing2. Anak2 dengan komputer sendiri2 juga. Bagus! Tapi yang nampak tak bagusnya, dah tak banyak komunikasi antara anak beranak ni!!!Apa taknya, semua dengan laptop masing2, ber'chat', layan bloggers, dah tu gelak2 sorang, satu meja ni pun sibuk macam kat ofis dengan laptop masing2....Huh nampak benar kesibukannya.

Inilah situasi hari ni. Bila macam ni, tak ada gaduh2, tak bisinglah kat rumah ni, semuanya berkawan dengan laptop masing2. Hari ni, ada laptop, ada hphone, cukup baguslah tu....Hai, anak2 zaman le ni....

Hari ni, keperluan ini amat diperlukan dalam keluarga. Ini pendapat aku lah, tak tahulah pendapat orang lain. Kalau tak ada ni semua, anak2 akan mencari alternatif lain - hah siaplah kepanasan nak ke CC / melepak di luar. Jadi, bagi jalan selamat sediakan semua kemudahan dalam rumah. Anak2 semua diselia depan mata. Biarlah semuanya dah kurang berkomunikasi dalam rumah ni. Yang penting anak2 ni selamat dalam rumah. Kalau di luar sana tu? Tak tahu apa2 depa akan buat...

Kerja sambilan

Kerja sambilan? maknanya kerja2 yang dilakukan macam orang putih kata 'part-timer'. Sekejap buat tu, sekejap buat ni.Tapi kategori aku ni, kerja sambilan kat rumah aje, sampai petang.

Apa buat hari ni? Lepas2 adegan drama sebabak tadi, aku kemas surat khabar lama. Ingatkan nak call si Ah Keong, tetiba dia lalu~~~paper lama~~~paper lama. Aku pun panggil dia, dapat lah RM4.50, jadi la, dia kata harga sudah murah sekarang. Eikkk? Minyak turun katanya , kertas lama jual pun jatuh harga. Yang peliknya, harga barang2 masih ada yang mahal! Tak tahulah, aku ni bukannya beli barang banyak benor. Beli untuk keperluan.

Hantar baju Mohd jam 1.30 sharp. Dah siap bergosok, maklumlah sibuk bebenor nak exam, gosok / basuh baju pun tak sempat.Dia ni jenis ikut buku. Kalau 1.30, 1.30 lah dia tunggu. Kalau bercakap pun, kena be specific / straight to the point.Panjang soalan dari jawapan.Nasib baik la le ni hp dibenarkan (masa exam ni), boleh contact kalau lambat seminit dua. Belikan dia kuih sikit untuk makan petang. Hantar kejap, terus balik.

Tak lama hubby telefon dari Kuching, Farhan nak balik, on the way from KL, so kena fetch kat Melaka Sentral. Ambik Farhan jam 4 petang. Ding dong ding dong, sampai rumah dah 4.30.

Lepas tu, bersihkan dalam bilik,huh macam2 nak dikemas - buang le kertas2 lama yang kalau ada pun tak diperlukan lagi.


Sambil2 tu, dok layan le update blog ni..Petang tadi patutnya bolehlah buat brisk walking lagi, nampak nya hari dok mendung nak hujan, tak jadi.Lagipun kalau petang2 minggu ni, orang sangat ramai kat stadium tu. Boleh jadi penuh tempat parking.

Hubby telefon lepas magrib. Rupanya dok order mcdonald. Dia tak boleh makan apa yang dihidangkan di hotel tu. Kalau nak makan kat riverside pun agak payah juga, tak tahu mana gerai ok tak ok. Aku pernah lah ke Kuching juga, nak makan rata2 tempat tu agak cuak.Jalan selamat makan KFC/Mcdonald je.


Sambung esok....



Drama Sebabak

Scene 1

Sebaik saja aku nak masuk ke dalam rumah, selepas sidai tudung.Baru nak tarik gate...

"assalamualaikum!" seorang lelaki tiba2 datang mendekati aku,selepas dia menongkatkan motosikalnya.

"walalaikumsalam", aku jawab selamba.

''kak, saya nak mintak derma, anak saya belajar kat universiti, kalau tak percaya ni suratnya", dia beriya2 memberitahu aku.

Aku mula cuak.Eikk! Anak masuk universiti nak mintak derma? Orang boleh tahan "gagah" perkasa. Kalau daif tu, ada rasa simpati juga.

Aku menjawab, " cik, kalau anak masuk universiti , mintaklah pinjaman kat kerajaan negeri, takkan tok penghulu, sidang ke tak tahu nasib anak buahnya".

"Dah mintak dah, tahu2 aje lah mereka semua, bukannya nak layan saya, dah puas saya mintak tolong, dapat sikit aje, hari tu dapat sekali saje", dia beriya2 nak beritahu aku.

"Ye la, saya pun 3 orang anak kat universiti, semuanya pinjam. Tak cukup memang la kena tambah sendiri".

"Mintak sikit lah kak, anak saya nak balik hari ni, tak ada duit, kalau kakak beri, tuhan saje yang membalasnya" dia berkata lagi.

Aku tak rasa nak simpati pun.

"Beginilah, sape nama cik? nanti saya talipon sidang kampung tempat awak tinggal atau ketua kampung, biar dia ambik tahu hal awak ni", aku ambik pen dan kertas. Dia pun beri nama dengan nombor rumahnya.

Pandai pulak menjawab, "agak2 bila dapat kak?"

"Nantilah saya talipon, tengok apa mereka jawab. Dia pun terus start motorsikal berderum............

Scene 2

Aku pun sms hubby kat Kuching mintak nombor Pak Chat sidang Ayer Molek.Dia tanya untuk apa, aku pun bla~~~bla~~~tulis tentang orang yang datang tadi.


Scene 3

"Hello , assalamualaikum Pak Chat"

"Waalaikumussalam, sape ni?"

" Saya cikgu ~~~~~sekolah~~~~~~"

"Tak perasan la....."

"Kalau isteri Pak~~~~~kenal ke?"

"Oh ye ye.....ada apa cikgu"

Aku pun bla~~~bla~~~~bla~~~~ tentang orang yang datang tadi.

""Cikgu jangan layan dia, apa tak kenal nya, apa lagi tak cukup, rumah PPRT dah dibaiki/dibuat (katanya susah la), pinjaman dah dapat, tapi kerja malas!penagih dadah! Anak pandai dapat masuk universiti, mana nak ada duit kalau buat kerja tu..." Pak Chat beritahu.

Hah ambik ko. Dengan aku jangan main2, aku selidik sampai ke lubang cacing, aku siasat habis2an.Jadi, betullah aku tengok tadi, semacam aje.

Aku pun sms kat hubby. Ingatkan dia lagi, jangan main percaya je kat orang.
Sebab dia pernah kena, orang datang malam2 mintak duit nak beli susu anak, dia guna nama jiran depan rumah. Hubby tak tanya2 lagi, mintak duit kecik dengan aku. Aku tanya nak beri sape, dia kata sekian2 orang mintak, awak tak kesian ke orang mintak duit nak beli susu anak kecik. Ye le tu....nak kesian pun, tengok orang juga.

Esoknya aku tanya dengan jiran aku ni, memang betul pun, dia kata kak jangan percaya, dia penagih dadah! Aku pun benganglah dengan hubby ni, sebab tak tanya lebih2, munasabah ke malam2 datang minta duit, kenapa tak mintak siang2???Orang jenis ni aku takkan halalkan duit yang digunakan untuk tujuan itu....

Pengajaran:
Kalau sape2 yang datang nak mintak derma, tanya betul2 jangan pakai hulur aje. Le ni tak macam dulu2...Tak logik, sampai nak beli susu anak ke, nak belajar ke, duit tak ada...Dah tahu beranak pinak, bertanggungjawab le....Kalau tak jangan beranak.



"Jual tudung"



Pagi2 tadi 6.30 pagi buat brisk walking dulu kat Stadium Tun Fatimah.
7.30 dah siap 2 pusingan.


Wow hari ni aku mendobi tudung. Dah banyak sangat tergantung2 dalam kabinet. Kalau takat sekali 2 pakai tu, tak perlu basuh2 selalu.Dah cuti 'sepenuh' masa ni, hari ni memang kerja aku meng=update urusan rumah.

1.30 nanti hantar baju Mohd ke asrama. Minggu ni last dia kat MOZAC. Selamat tinggal Mozac, tapi abahnya masih di sana lagi sebagai YDP PIBG!!!

Brisk Walking

The Numerous Benefits of Walking

If a daily fitness walk could be put in a pill, it would be one of the most popular prescriptions in the world. It has so many health benefits. Walking can reduce the risk of many diseases — from heart attack and stroke to hip fracture and glaucoma. These may sound like claims on a bottle of snake oil, but they're backed by major research. Walking requires no prescription, the risk of side effects is very low, and the benefits are numerous:

Managing your weight. Combined with healthy eating, physical activity is key to any plan for long-lasting weight control. Keeping your weight within healthy limits can lower your risks of type 2 diabetes, heart disease, stroke, cancer, sleep apnea, and osteoarthritis.

Controlling your blood pressure. Physical activity strengthens the heart so it can pump more blood with less effort and with less pressure on the arteries. Staying fit is just as effective as some medications in keeping down blood pressure levels.

Decreasing your risk of heart attack. Exercise such as brisk walking for three hours a week — or just half an hour a day — is associated with a 30% to 40% lower risk of heart disease in women. (Based on the 20-year Nurses' Health Study of 72,000 female nurses.)

Boosting "good" cholesterol – the level of high-density lipoproteins (HDL). Physical activity helps reduce low-density lipoproteins (LDL or "bad" cholesterol) in the blood, which can cause plaque buildup along the artery walls — a major cause of heart attacks.

Lowering your risk of stroke. Regular, moderate exercise equivalent to brisk walking for an hour a day, five days a week, can cut the risk of stroke in half, according to a Harvard study of more than 11,000 men.

Reducing your risk of breast cancer and type 2 diabetes. The Nurses' Health Study also links regular activity to risk reductions for both these diseases. In another study, people at high risk of diabetes cut their risk in half by combining consistent exercise like walking with lower fat intake and a 5% to 7% weight loss.

Avoiding your need for gallstone surgery. Regular walking or other physical activity lowers the risk of needing gallstone surgery by 20% to 31%, found a Harvard study of more than 60,000 women ages 40 to 65.

Protecting against hip fracture. Consistent activity diminishes the risk of hip fracture, concludes a study of more than 30,000 men and women ages 20 to 93.

The list goes on and on. Many other studies indicate a daily brisk walk also can help:

  • Prevent depression, colon cancer, constipation, osteoporosis, and impotence
  • Lengthen lifespan
  • Lower stress levels
  • Relieve arthritis and back pain
  • Strengthen muscles, bones, and joints
  • Improve sleep
  • Elevate overall mood and sense of well-being.

Keep it Steady

A steady routine is the most important factor in getting the most out of your exercise program. Walking for at least 30 minutes a day, 5 or more days a week is recommended.

Use these tips to keep you on track:

  • During your walks, you should be able to maintain a conversation. If you're breathing too lightly, increase your pace. If you can't catch your breath, slow it down.
  • Walk around the local area after lunch or dedicate 15 minutes to walking up and down stairs. Climbing is an excellent way to strengthen your heart.
  • At night, trade a half hour of TV for a brisk stroll around the block. Take a friend with you for company or get the whole family involved.

Miss soru nasi minyak

Musim cuti sekolah ni, ada 2 orang cousin hubby 'join the married club'. Tahniah le semua dah dipertemukan jodoh masing2.


TETAPI - minta maaf berbanyak wahai cik adik semua, kita orang tak dapat memenuhi undangan itu, kalau tak kerana ada hal, insyaAllah sampai punya ke Mersing.


APO nak dikata...Minggu ni 22.11.08 Cik Faiz ( cikgu juga - arwah abahnya memang nak suruh kerja cikgu ) dengan pasangannya daripada saudara sebelah ibunya. Hubby aku ke Kuching.


Minggu depan 1.12.08 Hafiz anak Mak Niah & Pak Long Leman pulak kenduri kahwin - dengan pasangannya tak tahu lah sape~~~~mestilah sekufu kot! Manalah tahu bersua kat tempat kerja...Pun kami tak dapat memenuhi undangan tersebut, tak tahulah kalau hubby nak gi. Sebab???Hah aku pulak akan ke K.Kinabalu dengan cik kak (fatt) dari 27 Nov - 2 Dis ~~~he he he ~~~~orang Sabah sila pastikan sedia menunggu kami!!!Manalah tahu depa semua buat masa cuti ni, kita dengan rancangan kita, tiket dah tempah, nak tak nak undangan tak dapat lah gi...


Semuanya MISSSSSSORUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.

Saturday, November 22, 2008

Sabtu 22.11.08

Hari ni ada banyak events berlaku.


1. Cik Faiz - cousin hubby kahwin! Selamat Pengantin Baru, minta maaf le bebanyak cik Faiz kerana tak dapat makan nasi minyak hang.Kalau tak bersebab kita gi juga, walau jauh sekalipun di Mersing, Johor.

2. Sebab tak dapat gi Mersing - hari ni kena hantar hubby kat Sri Negeri untuk ke Kuching jam 12 tgh. Dia ada meeting kat sana dengan ahli majlis Jasin - balik Isnin.Sebab tu lah kita orang tak dapat le ke sana.Kalau tak, memang tak kisah punya.

3. 1.00 ptg Mohd nak outing pulak - nak gi tukar memory kad , katanya tak boleh baca.

4. Lepas zohor gi Mahkota Parade nak tukar memory kad. Rupanya, hphone dia tak boleh support 4G. Nak kata apa, so pulang duit tak boleh lah, jadi salewoman kata dia tolong jual. Ok lah janji dapat balik duit tu , banyak oiiii rm69.00.

5. Dalam pada tu aku gi ronda kat SengQ - nak tengok hand mixer & oven. Memang hajat nak beli. Dah lama juga aku reki2 harga di mana2 berkesempatan. Tengok handmixer Elba, dengan harga rm89 + rm3 untuk tambah waranty,"terbelilah" satu. (Huh berkobar2 nak buat kuih!!!). Lepas tu tengok electric oven - tengok2 ada redeem - points banyak sebab beli barang2 kat Sengheng / Seng Q, so redeem 190 points + rm81. Wow dapat cute oven!Jadilah, bolehlah kalau nak buat cokies, bukannya nak bisnes...suka2 nak buat. Tu pun kalaulah terbuat...

6. Balik rumah dah jam 6. Terperanjat cik kak kerana aku beli handmixer & oven. Ok kak apa lagi, kalau tak buat siap le....

7. Lepas magrib Mohd nak balik ke asrama. Dalam pada tu baru dia cakap, kalkulator dia rosak sebab jatuh. Ala satu hal pulak, nak tak nak terpaksalah gi Jusco beli kalkulator saintifik , bayarlah rm36.95. Kalau tak susah le , nanti nak exam Fizik & Bio.

8. Malam,dah keletihan, dalam pada tu, cek kerja2 nak buat takwim, sebab cik kak nak taip.

9. Hari ni dah habis begitu saja. Esok tak tahu apa la lagi. Yang pasti hari esok akan mula jam 5.45 pagi. Inilah waktu mula setiap hari...








Wednesday, November 19, 2008

Urusan 3

Hari ni nama aku memang tercatat sebagai petugas di sekolah.


Bincang / jalankan orientasi sorang guru baru.
Lama gak, pendek kata hampir 80% aku dah cover semua.
Agaknya the latest arahan cikgu baru kena lalui orientasi dengan pentadbir sekolah.
Lepas tu kena buat laporan...Aku beri aje le buku pengurusan 2008. Habis cerita.


Bincang pulak dengan GKMP Bahasa & GPK 1 nak ubahsuai Bilik Guru 2,
sebab pertambahan guru yang ramai.
Esok, minta pekerja alih2 kan kerusi / yang tak perlu ada dalam BG 2 tu.



Dah selesai, semak surat2 yang ada.
Huh macam2 surat, yang penting sangat nak tunggu kemasukan murid T1 dari sekolah2 rendah di sekitar.



Semak JK murid yang cikgu2 belum hantar last day hari tu.
Ada yang ok , ok la...Yang tak berapa ok, kena la dikemas kini.
Tu pun aku buat le...



Balik rumah dah jam 3.45 ptg.
Akhirnya yang aku nak update kat sekolah tak dapat buat2 juga....

Tuesday, November 18, 2008

Jumpa Insan Pendidik

Aku ni nak kata tak de kerja, bohong.

Ada kerja, tapi cik kak tersayang (tak de apa nak buat kan ~~~ cuti2 M'sia ) tukang taip yang aku kata update.

K, esok pagi aku boleh sambung kat sekolah sambil bertugas.

Seperti biasa, lately aku kena peka dengan PTK DG48.
Manalah tahu ada info terkini. Nota yang aku jumpa, dah mintak tolong cikgu ICT pun dah tak boleh print.

Aduh, aku kena baca bukan main banyak lagi. Nanti sat, kasi aku peluang siapkan kerja2 sekolah dulu. Itu kalau nak baca, kena relax2 sikit. Kalau situasi kelam kabut, tak masuk otak.


Sambil2 aku browse PTK, terjumpalah dengan Insan Pendidik. Jengok2 dan baca2 beliau baru habis PTK DG44. Kat Puteri Resort pulak tu - dekat le.Apa yang dilalui aku dah lalui semasa 1st first batch dulu.

Kalau ingat2kan masa kursus DG44 dulu, aduh kecut perut juga dibuatnya. Buku rujukan sebanyak2 tidak dibawak.Macam nak exam kat univ.Masing2 semuanya nak buat yang terbaik. Alhamdullilah aku dapat 4 /4. Panik kejap. So, gaji naik terus maxima.

Urusan 2

Hari ni ke sekolah lagi.
Bincang next year planning.
Sampai jam 1 lebih dengan GKMP Bahasa.


Dekat jam 2 baru balik, sebab Pk 1 baru datang semula.
Bincang lagi.



3.00 petang gi SMK TM sekolah baru Fahd, nak urus asramanya.
Kasi peluang dia duduk kat asrama next year.
Jumpa pengetua - aku kenal le...Kenal2 pun, urusan rasmi tetap rasmi.


Hala balik, singgah kat pasar malam Duyong.
Beli kuih + kacang kuda rebus + tahu bakar.


Lepas tu terus ke BB, beli nasi lemak kukus. Dulu pernah beli nasi lemak kukus ni, lepas tu gerai di robohkan dan berpindah ke Medan Selera. Dah lama depa pindah ke situ rupanya. Yang tahu tu baru2 ni, sebab cik kak ni berurusan anak di sekolah. Beli la 4 bungkus.

Nak gi jalan di stadium petang ni hujan agak lebat. Tak pe, esok pagi pulak.
Huh malam ni nak update kerja yang dibincang pagi tadi.

Urusan Cuti Sekolah

17.11.08 sekolah dah mula lengang - melainkan students SPM & STPM yang terus 'berperang' memerah otak menjawab soalan.

Jam 9.30 buat urusan di pejabat. Ikutkan kerja, memanglah tak habis2, mati je habislah semua.

12. 00 ke BSN bayar kad kredit. Sedar2 PK 1 ikut belakang, rupanya dia ke BSN jugak, urusan peribadinya lah...

Petang 3.00 petang - ke Saadiah Bistro sebab buat meeting AJK PIBG. Dah tertangguh banyak bulan, tak dapat2 nak buat, buat le masa cuti, tu pun ada 4 / 5 tak dapat datang dengan pelbagai alasannya. Maklumlah dah cuti.

Makan - laksa asam, uh sedap gak + sandwich + kuih2 + buah2an + teh tarik (sedap) + jus. Gitu gini habis meeting jam 6.00 petang. Ada yang lebih, apa lagi tapau la...Dah bayar kira apa. Selalu buat macam ni. Bukan aku je, yang lain tapau juga. Kalau nak tapau, ambik sendiri, tak ada sape nak marah, tak de sape nak tolong tapau, buat sendiri. Habis.


Hari ni dah rasa lepak, dari pagi sampai petang.
Huh, kepenatan - malam baca lah majalah2 yang aku beli semalam - macam2 adaRapi, Saji, Midi, Nur & Mingguan Wanita. Bukan baca habis pun, tengok2 gambar - baca resepi - macamlah nak buat sangat.

10 lebih booooooooooooooooooooooooooooooooooooooooommmm.

Tuesday, November 11, 2008

Aura Cikgu

Petang tadi, aku seperti biasa ada kelapangan pergi ke Stadium Tun Fatimah - apa lagi brisk walking la. Dapatlah 2x dari mula jalan masuk (tempat biasa orang senam robik), ikut jalan raya buat satu pusingan, patah balik ikut jalan masuk tadi. Ingatkan nak sambung lagi, hah tak larat dah. Hari ni, agak 'rajin' sikit, aku jog - kira ok lah tu, boleh jog pe...Kalau ada stamina, macam ni boleh masuk big walk !

Hala nak balik, aku singgah kat kedai stokis agaknya lah - agen rx-water nak tanya harga, sebab ada orang suruh tanya. Tengok2 masih ada lagi - tekan loceng, Sharul (dia kenalkan nama) keluar. Dah tanya gitu gini, dia pun tanya, akak ni cikgu ke? Aik? Aku kata, ada gaya cikgu ke? Ya, macam cikgu aje , dia kata...Lagipun dia tengok aku pakai baju sukan. Ye le tu...Nama cikgu? He he he ...nanti bila nak beli aku kena cal dia...Aku pun jawab, biasanya orang kata kat saya macam ni lah, saya tak iklan pun saya ni cikgu!!!Orang memandai kata kat saya. Macamana lah nak sorok aura cikgu ni~~~

Monday, November 10, 2008

Hari yang sibuk

Seperti biasa - hari Isnin ke sekolah - asembly buat ringkas aje sebab hujan dah mula rintik2 turun. Dalam pada tu ada juga GKMP Bahasa buat cabutan bertuah untuk mereka yang memberi sumbangan kepada 'penjualan' majalah T6. Minggu ni minggu akhir sekolah. Esok SPM dah bermula.

Hari ni agak sibuk, tapi aku ni sentiasa sibuk, kalau dah duduk dalam pejabat, dah susah nak keluar2. Macam kerja kat bank - pelanggan lepas satu , satu, tunggu giliran, tak kiralah guru ke, parents ke, atau murid atau outsiders.

Balik rumah dah dekat jam 3.30 ptg. 4.00 ptg gi ambik spect Mohd kat Axis . Buat tukar cermin aje, serta merta buat hari Ahad dia outing kejap. Dah teruk sangat agaknya, kelabu, gara2 baca buku la tu!!!Katanya sampai last minute pun semua orang F5 Mozac bertungkus lumus. Hai tak cukup2 lagi. Mudahan semua cemerlang dengan gemilang!

5.00 ptg Mohd dah cal, mintak hantar spect. Ambik Fahd dulu di sekolah sebab dia baru balik dari Water-world A Famosa anjuran PSS. Jumpa Mohd jap, so wished him good luck, try do the best. Lepas tu hantar Fahd balik rumah - dan aku patah balik untuk ke kelas exercise kat BB! Tu pun dah agak lewat 15 minit tiba, ok gak, ada juga yang tak datang. Habis jam 6.30 ptg. Sampai rumah dah 6.45ptg - gitu gini, keluar masuk, keluar masuk dah masuk magrib. Hubby gi surau for magrib, aku prepare dinner untuk ibubapa in laws.

Lepas solat, pergi fotostat resit yuran Mohd sebab dia nak beri pada cikgunya, ikutkan dulu aku dah beri kat dia satu salinan, tak kisahlah, nanti masalah besar pada dia kalau tak dapat, so dah tak ada salinan terpaksa fotostat. Esok gi hantar kat dia pagi2 sebelum masuk exam - hubby janji nak datang wish dia & aku pun akan pergi sama .

Hubby balik - just goreng mee for him. Fahd dah kekenyangan agaknya (macam Stokin he he he ...), sebab pagi tadi gi A Famosa, aku bekalkan dia nasi goreng+ayam Mexican + air kordial sarsi. Cikgu dia pulak sediakan nasi ayam + sandwich + apa lagi tak tahulah.Jadi mana tak kenyang. Habis semua katanya. Tengok2 dia dah keletihan, boooooom terus. Lepas berita TV3 aku sambung edit takwim 2009. Aduhai marathon juga hari ni...Esok sekolah , tak tahulah apa yang bakal berlaku lagi.

Sunday, November 9, 2008

Pelawat setia

Sebenarnya nak tidok dah, tapi bukak blog jap, kot2 ada berita terkini. Hari ni pemikiran ini bukannya stabil benor, kekadang masih berlegar2 di kotak fikir ini tentang tawaran di IAB. Ah, lupakan lah...Mungkin rezeki naik gred kat Melaka aje nampaknya ~~~InsyaAllah.

Aku rasa terharu kepada pelawat/pembaca setia yang menyinggah ke tempat aku ni..Asam Garam Kehidupan. Aku hanya merakamkan dalam bentuk susunan tulisan segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.Dulu2 biasanya, kita tulis dalam buku dairi /buku catan harian dan disimpan saja, tak boleh nak edit2 lagi. Sekarang sudah jauh lebih maju, dan gaya penulisan pun sudah berubah. Pengaruh yang kuat membuat aku teruja untuk merakamkan perkara2 yang dilalui adalah untuk pengumpulan bahan penulisan~~~~Wa wa wah....manalah tahu, pencen2 nanti nak menulis...

Ingin aku rakamkan ucapan terima kasih kepada terutama anakanda2 yang sentiasa membaca apa yang umi tulis di sini. Dengan cara ini, kita tidak lah terasa terus 'terputus' hubungan. Nak bercerita bila balik ke rumah, nanti macam cerita hidustan pulak, berjam2 tak habis2. Dan di sini juga, ingin aku mengucapkan terima kasih kepada pelawat yang setia dari New Zealand. Diri ini terus sentiasa tertanya2 siapakan gerangan pelawat ini. Tentunya orang Malaysia juga kot...Kepada pelawat ini, harap dapat menyelitkan alamat blog anda!!!

Friday, November 7, 2008

Suprised!

Hari ni aku tak senang duduk.(tapi waktu update ni, dah ok dah). Bukannya apa, hah cite nya gini...

Pagi tadi kat sekolah, lebih kurang jam 11, kerani aku beri satu sampul surat. Hjh, ni ada surat dari IAB - aku dah suspen, tengok2 betullah dari IAB Genting Highlands. Besar sampulnya sebesar kertas A4. Aku pun masuk dalam bilik, buka perlahan2 apa isi surat ni.


Alamak! Tawaran sebagai pensyarah kanan di IAB, DG52 la tu, takkan nak DG48 pulak, aku dah DG48 ni kan. Tawaran ini dari DG44, 48 & 52. Kena gi interview pada 11.11.08 ni. Wow, macam ni, aku tak senang. Kata lah aku gi, sekali aku dapat, huh macam2 lah aku fikir. Bila dah macam ni, aku mula tension, biasalah, ubat tension, aku makan apa yang ada.


Kekadang ada dapat surat2 tawaran ke sekolah untuk guru mohon jawatan2 di pelbagai tempat. Aku buat tak kisah pun, memang tak nak pun nak mohon2 ni. Susah. Tiba2 hari ni, dapat tawaran suruh gi interview terus. Mana tak suspen, bukan senang IAB/KPM nak panggil macam ni. Macamana nama aku terpanggil tak tahu la...


Jam 3 aku hantar Fahd gi KFC Jusco, sebab dia ada jamuan koperasi sekolah. Aku buat urusan ke bank, lepas tu aku lepak kat Jusco pulak, lepas bayar bil internet sambil tunggu dia habis jamuan. Lepak aku, aku cek harga2 barang, tengok, kalau berkenan boleh aku beli. Tapi tak belipun.


Lepas tu, lepak kat kedai buku, beli buku masak - kuih/kek/cupcakes & 1 novel Bukan Yang Pertama ( Salina Ibrahim) sebab offer 25.55 net drp harga rm34.00. Dapat beg kertas iklan novel ni 1, woow ni cukup bagus. Beli buku masak,macam lah aku rajin benor nak masak. Tak pe bukannya apa, kalau ada resa nak buat, boleh buat serta merta...Dah hobi kumpul buku, tujuannya nak simpan sampai pencen nanti!!!!


Fahd habis jamuan jam 4.30 , beli barang makan sikit kat supermarket, balik rumah dah hampir jam 6. Tak lama hubby balik. Aku pun sambil seloroh cakap, dapat offer kerja kat IAB, ok tak? Dia gelak macam tak percaya. Dah habis dia solat, tengok muka aku agak monyok...Apa fasal??? Aku pun cite & tunjuk surat tawaran.


Dia senyum - macam perli aje kat aku..Kenapalah dalam banyak2 orang di M'sia ni, nama aku sangkut? Sebenarnya ada 1 orang lagi dapat juga. Aku bila dapat senyap aje, tak tahu pulak ada 1 orang lain dapat juga. Dia pun buat havoc kat pejabat, wah ada orang dapat offer di IAB la, aku buat de aje. Rupanya dia dah nampak surat aku dulu kat ofis. So, riuh lah kat ofis tu aku dapat offer ni.


Aku pun makan petang/malam dengan hubby nasi impit satay semalam+ayam Mexican goreng ( ala2 ayam berempah BBQ gitu), sambil tu, aku terus mengomel, macamana nak buat dengan offer ni... At last, bincang punya bincang aku ikut cakap hubby tak kan gi interview ni.


Lagipun,aku berat juga kalau dapat, mana la tahu kan rezeki aku ke situ. Naik gred ok bagus, tapi bila kira punya kira lepas + - x ~ sama juga atau mungkin lebih belanja pulak dari sedia ada ni. Keputusannya, aku akan telefon hari Isnin ni tak jadi pergi. SELAMAT aku....Tak pe biar la orang lain dapat & ambik peluang ni...

Thursday, November 6, 2008

Open Class

Mulai minggu lepas, bawak ke minggu ni, sibuk dengan open class. Bukannya apa, kalau raya tu kita buat le open house, tapi bebudak sekolah ni buat jamuan akhir tahun nya. Sibuk mintak permission nak buat jamuan akhir tahun, F5 tu memanglah patut buat pun dah tahun akhir kat sekolah ni (kalau result ok2 je, mungkin oleh sambung F6 pulak kat sini juga).

Jadi, kita orang dijemput le juga (mesti le jemput, kalau tak, tak beri permission...he he he ) marah budak kat aku, kalau tak bagi. Saje ngusik budak2 ni.Nak tak nak bila dah dijemput, kenalah gi. Kalau tak gi nanti, kata kita tak sudi pulak. Makan memang lah banyak, pandai juga budak2 ni buat persediaan. Jadi, aku dok atur undangan kelas aje. Hari ni aje ada 3 jemputan, tapi dapat hadir 2 aje, sebab tugas2 kat ofis yang tak habis2. Yang dok gelak tu, aku gi kelas F5E, bersama2 dengan PK1, kebetulan pulak aku ni pakai baju batik sedondon dengan dia, jadi bila sama2 masuk kelas , perasan pulak budak2 ni kita orang pakai baju sama. Macam janji2 pulak.

Lepas tu dah dekat jam 2.30 gi jemputan prefect pulak, makan satay. Ni cikgu dia yang sponsor. Hari ni aku langgar 'peraturan' makan aku! Dah banyak masuk carbohydrate dalam perut ni.

Petang pulak, gi untuk jamuan akhir tahun sekolah kat Anjung Batu ~~~makan ikan bakar+nasi lemak dan lain2 lagi. Balik kat jam 7 lebih. Punyalah banyak rezeki. Kalau jadi macam aku ni, biasanya bukan takat makan aje, di tau-pau pulak. Memanglah terasa banyak rezeki, sebab yang kaki makan kat rumah ni hanyalah Fahd sorang!Nasi lemak dapat bawak balik. Yang tengahari tadi, nasi impit+kuah satay+satay juga di tau-pau, simpanlah aje lah dalam peti. Fahd aje lah yang tukang sapu bersih semua....

Sunday, November 2, 2008

Makan lagi

1.11.08 ~~~jemputan pembukaan kedai Hashfahas, restoren nasi beryani yang selalu beli tu lah...Kedai baru dia ni depan pejabat pos besar Melaka. Apa lagi, jam 11 pagi pergi lah dengan hubby,Mohd & Fahd. Selamat hari raya, boleh lagi la...Lepas tu balik rumah, rehat jap. Lepas zohor ada satu lagu jemputan.

Lepas zohor, kita orang gi ke Alor Gajah pulak, jemputan majlis berkhatan anak staf MPAG. Makan lagi, kali ni makan nasi lauk kampung + 'bandar' ada. Lauk kampung aku makan le nasi putih + sayur pisang + sambal udang sikit. Best juga, tapi awas aku perlu 'berhati2' makan, sebab dah 2x makan nasi!!! Pagi makan beryani + kambing + ayam, so petang tak perlu ni semua ni.

Ikutkan ada jemputan kahwin di Ayer Molek, tapi dah agak lewat, hubby kata tak payah gi ...& anak murid pun jemput kahwin kakaknya pun tak pergi. Balik rumah, rehat dah kekenyangan. Bila kala aku nak masuk dapaur ni!Esok aje la...

Saturday, November 1, 2008

Dinner Koperasi Bumijaya



31.10 aku gi dinner Koperasi Bumijaya di Tomyam Klasik. Jumpalah ahli2 koperasi yang kebanyakan orang veteran, yang dah pencen, dan tak kurang bukan calang2 orang jadi ahli!!!Aku ni sebab member aku (setiausaha) tu lah yang tarik aku join sama. Bagus juga, bukannya apa join koperasi ni at least kenal lah orang2 luar yang dah berjaya tu.Dan sebagai tempat 'lepak' lepas pencen nanti.

Malam tu kenallah aku dengan Sale Manager Seri Malaysia- Mr Zam (boleh lah hi-tea discount), dan Che Robiah , wow hebat perniagaannya bantu husbandnya . Berborak jugalah dengan mantan nazir - Pn Rokiah,dia kakak member aku tu, member aku ni pun nazir juga...

Deepa-raya

27.10.08 cuti umum - Happy Deepavali, dan masih ada lagi sambutan open house hari raya. Petang, aku & hubby beli cake birthday untuk Mohd - bagi suprise kat dia, walaupun sepatutnya pada 25.10. Biarlah dia makan bersama kawannya untuk final year di Mozac.Pergi jumpa Mohd, sebab dia minta belikan cream , katanya gatal2 kat kaki. Terperanjat dia sebab tak sangka aku beli kek.

Lepas tu, pergilah ber deepavali ke rumah staf hubby dulu2.Masih tak lupa , hanya makan kuih2 kering saja.Ada juga nasi beryani & tosei , tapi tak makan. Lepas tu gi beli tiket bas hubby nak ke Ipoh pada 28.10. Jauh2 ni dia penat nak drive, nak bas lagi best.

Lepas magrib, jiran depan rumah jemput makan pulak. Masih suasana hari raya! Makanlah nasi ayam , ada juga yang lain, huh dah tak larat nak makan malam2 ni...Hari ni deepa-raya...


Day 2 - sayonara - bye bye Taman Negara


Ikan patin






Ikan talapia


Selepas selesai makan tengahari & settle everytings, hampir jam 3 petang kita orang bye-bye Kuala Tahan. Satu pengalaman yang tak ternilai datang ke sini. Berbaloi dengan pakej ini. Terima kasih En Majid- selaku ketua & penganjur lawatan ini.

Sampai dekat mana tak tahulah apa ke nama, bas berhenti kerana ada orang ternampak jualan ikan patin. Mereka yang tahu makan, belilah. Aku tak adalah, sebab tak reti nak makan ikan2 darat ni. Sedap agaknya...Perjalanan diteruskan, berhenti makan di Serting ~~~dan akhirnya tiba semula di PSPN dekat2 jam 11 malam...