CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, March 31, 2008

Penangan Cinta

Ini kes biasa berlaku dalam kalangan murid sekolah. Bila hati sudah mula ada perasaan menyayangi pada seseorang, maka sangat sukar nak dipisahkan lagi. Buat macam mana pun, untuk melupakannya penangan rasa cinta ni amat berat. Tak tahu nak cakap macamana.
Alkisah, seorang remaja lelaki berumur 15 tahun bercinta dengan remaja perempuan 17 tahun. Tak tahu siapa yang memulakannya, maka berlarutan sehingga hampir 9 bulan. Sudah pandai dating hujung minggu pergi keluar, janji di mana2 tempat, kadang2 pergi tengok wayang. Ibu bapa tidak tahu kemana pergi, yang tahu jumpa kawan. Kawan lelaki/perempuan tidak diberitahu. Tetapi ibubapa remaja lelaki tahu, remaja perempuan ini telah mengganggu anak bujangnya! Dan mereka tidak suka kepada remaja perempuan ini!Kalau tidak kerana remaja lelaki tertangkap sebab pening2 lalat - rupanya makan ubat overdose. Agaknya nak test bagi khayal. Terbongkarlah rahsia, kerana dalam dompet remaja ini adalah photofinish mereka berdua. Aduhai...anak,apalah kau buat ni semua. Ibubapa dipanggil, macam gajah berang jadinya kerana sianak buat hal macam tu. Anak bujang keseorangan, ibubapa bekerja, pengisian masa untuk anak tidak ada, maka carilah pengganti agaknya untuk memenuhi kekosongan itu!Maka, jatuhlah cinta ke atas mereka berdua!

Simpati

Anak2 menjadi mangsa masalah perpisahan ibu bapa. Kerana ibubapa berpisah, anak dibela oleh pengasuh sejak kecil, siibu lepas tangan, anak sudah tidak menyayangi ibu sendiri. Mentelah pula ibu mula melakukan perkara2 yang tidak disenangi oleh anak yang semakin dewasa. Si ayah berkerja di luar daerah, balik beberapa hari sekali, atau bila ada masa bolehlah menjenguk anak2. Si anak menunjukkan ketidaksenangan dengan si ibu yang tidak menghiraukannya, mula memberontak dengan cara tidak pergi sekolah. Maka, masalah ponteng berlaku. Guru menjalankan tugas dengan menghantar surat2 amaran, tetapi bila diterima alamat ibunya, mungkin siibu tidak kisahkan hal anak ini, bila dah cukup tempoh, maka surat buang sekolah dikeluarkan. Jadi mangsa anak!Si isteri mungkin tidak menyenangi dengan keadaan suaminya, maka dia mula melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya dilakukan. Anak tidak menyenangi dengan ibunya. Perkara kecil jadi penyebab mereka berpisah, anak2 mula dibiarkan, ikut anaklah nak bersekolah. Saban hari si anak menelefon ayahnya, ayah yang tak keruan, sedih mengenangkan keadaan anak2 yang tidak dihiraukan oleh ibunya. Bila berpeluang berjumpa dengan anak, sedih bukan kepalang, si anak mengadu kepada ayahnya. Bila nak balik ke tempat kerja, sepanjang perjalanan si ayah menangis mengenangkan nasib anak2nya! Anak jadi mangsa keadaan.

Sunday, March 30, 2008

Tosei Masala @ Roti Canai

Akhir2 ni aku dah balik ke tabiat asal. Sekarang aku dah lama tak berjalan / jogging kat Padang Serindit. Hujung minggu aje, hubby ajak gi breakfast, apa lagi kalau tak makan roti canai. Pergi biasalah, ke tempat yang biasa pergi aje. Kalau tempat baru, takat ni tak nampak yang mana ok. Nak makan pun kena tengok gerai juga! Nak tak nak aku kena ikut aje dia. Habis tak ada pergilah ke gerai kat pasar Taman Muzafar. Sambil makan roti canai / apa adalah yang rasa nak makan, selalu aku belilah ikan/sayur kat pasar tu.

Hari ni, makan roti canai dan tosei kat gerai Has Fahas, lepas Semabok . Ni pun kira oklah, selera hubby. Semalam Si Fatehah dan Si Ayen balik menziarah Cikgu dia Datin Asiah kerana kematian suaminya. So, mereka baliklah semalaman. Jadi pagi tadi, pergilah kami semua makan roti canai dan aku biasalah makan tosei masala. Ok lah tu, roti canai ni sebenarnya banyak guna minyak, minyak pun dah banyak dalam badan ni. Farahin order maggi goreng, dak Fahd tosei telur, hubby, Fatehah & Ayen roti telur berbawang. Oklah tu. Lepas tu hantar anakanda2 ni ke Melaka Sentral balik Ke UIA. Lepas tu gi hantar Fahd ke gerai SMK Bukit Baru, kerana dia nak tolong cikgunya berniaga...hari ni adalah hari terakhir karnival pendidikan negeri Melaka. Pergilah Fahd, duduk rumah tak ada member, kot2 tidur aje, baiklah gi tolong cikgu.

So balik rumah, aku basuh baju2 yang banyak, macamlah kedai dobi! Nasib baiklah dah kurang menggosok sekarang, tak larat, hantar kedai aje. Bolehlah relax sikit tenaga ni. Petang ni belum pasti nak ke Biz Center, sebab prospek yang janji nak gi tak dapat kerana ada tuisyen ganti katanya. Lagipun kawan dia dah cerita juga tentang ni. Tak ada rezeki lagi...Tak pe sabar, sabar...Farahin, dah kepenatan, malam semalam dia balik dekat2 jam 1 pagi dengan kawan aku. Hebat betul!Aku hanya tunggu di rumah dan uruskan apa yang patut, biar dia aje buat. Yang pasti aku dah siapkan doorgifts untuk tetamu yang akan datang pada 4 & 11 April nanti.Selamat aku.

Saturday, March 29, 2008

Kalau Ada Jodoh dan Baju Baru

Kalau Ada Jodoh - sebuah novel yang dihadiahkan oleh member hubby - member aku juga secara tak langsung. Penulis novel ialah isterinya, Mimie Afinie. Selama ni aku tak tahu pun isteri mula berjinak dengan dunia penulisan, dan dah banyak tulis novel. Ada aku dah baca sebelum ini. Masuk ni dah 2 buah dia hantar kat aku, sebab dia tahu aku suka baca novel. Apa tak suka, novel hadiah!Macamana sekali pun aku akan berusaha untuk membaca untuk hobi dan menyokong penulisannya. Aku terima pada 28 Mac 2008, terima kasih Suhaimi! Semoga dapat le lagi...He he he muka tak malu. Apalah aku nak balas hadiah ni, nantilah apa yang terlintas dikotak fikir ni aku akan balas hadiah itu. Ya le orang memberi kita merasa, nantilah Mi, I akan create sesuatu, not now.
Aku tadi dah beli 3 helai baju untuk hubby, oklah kata nya. So kenalah hantar tempah. Ada ke dia nak sama dengan si anak! Tak payah la, nanti sama pulak. Nak tak nak dia terimalah juga apa yang aku beli. Kain linen warna coklat dan kain corak kotak2. Ok lah tu.

Parti hari lahir



Hari ni ada sekolah ganti, sebab hari tu 7 Mac cuti kerana persiapan untuk piliharaya, so sekolah2 yang terlibat, boleh bercuti dan kenalah ganti. Bahagian unit disiplin bercadang nak buat makan2 sempena hari lahir beberapa orang guru yang bertugas dalam unit ini, ada 4 orang semuanya. Aku macam biasalah minta tolong order nasi lemak yang biasa order tu. Aku nasib baik Allah swt beri ingatan lagi pagi2 hari tadi. Aku terlupa nak order malam semalam! Apa lagi dah jam 6.10 gitu, aku telefon lah akak nasi lemak ni, nasib baik lah boleh order lagi, kalau tak kesian kat kawan2 aku yang mengharapkan aku order, kalau tak melepaslah, tak ada apa nak ditambah2 makanan berat. Bila dah order, ada seorang kawan yang biasa lalu depan gerai akak ni akan ambik dan bayar. Nasib baik!!!Banyak kerja, hal macam ni jadi tak ingatlah...
Ada juga makanan lain, roti jala ada, puding, apa jenis tat tak tahulah, yang pasti rakan2 aku memang pakar dalam masak memasak ni macam2 jenis. Kek ada 2 biji. Air teh, air botol pun ada. Mereka selalu buat makan2 macam ni, happy betul. Dalam pada tu, rakan2 yang bukan dalam unit ni, dijemput juga lah yang patut2 aje. Bagus komitmen mereka. Nak balik, mana yang tak habis tu pakat bagi lah sikit sorang. Aku pun dapatlah juga nasi lemak, sebab nak kena pulang bekas pulak!
Petang ni, Farahin pergi training bisnes dia dengan kawan aku. Biar dia yang pergi, sebab dia nak mewarisi bisnes ni.Aku ada hal lain, nak pergi ke kedai Nagoya kedai kain sebab hubby suruh beli kain nak buat kemeja. Berkenan benar dia bila aku tempah baju untuk Si Fahd. Jadi hubby nak suruh tempah juga. Untuk Fahd buat kemeja sekolah dan kemeja untuk ke MPO, iaitu nak ke Dewan Filharmonik kat KLCC pada 5.4.08 ikut trip pasukan muzik.Bayar rm40, biarlah dia pergi. Jadi kalau masuk dalam dewan tu mesti pakai formal, bukan boleh suka2 pakai, tshirt/jeans. Aku dah pernah masuk last 2 years, semasa tengok konsert dari Russia. Tak faham bahasanya. Orang2 muzik fahamlah muzik aje. Tapi memang mantaplah persembahannya.Jadi kejap lagi nak ke Nagoya. Malam bercadang nak ke MITC, nak tengok karnival pendidikan, malam ni ada pertandingan lagu2 60an.

Friday, March 28, 2008

ceramah maulidur rasul @ taklimat usahawan siber

Pagi tadi kat sekolah ada program ceramah sempena maulidur rasul. Best penceramah jemputan yang mengupas tajuk untuk menjadi murid cemerlang. Habis kena budak2 dengan ceramahnya. Bila dengar ceramah sekali berubah, kalau tak dimotivate selalu, hilang begitu saja.

Kat surau taman ni pulak sebelah malam ada juga buat program ceramah sempena maulidur rasul juga. Biasalah pengerusi surau jiran sebelah, hubby pulak sebagai pengerusi taman, dilantiklah sebagai penasihat surau. Tak bolehlah nak pegang banyak2 jawatan, nanti tak terbawak pulak. Tanggungjawab berat, walaupun secara sukarela, orang dah suka nak lantik jadi ketua, kenalah bertanggungjawab. Takat ni, so far so good lah. Jadi, para isteri jiran2 deret rumah aku ni, memang rajin bab masak memasak ni. Aku je yang sibuk dengan tugas2 rasmi memanjang, tak dapet den nak nolong. So, mereka pakat goreng meehoon dan mee kuning. Selepas selesai urusan kat sekolah, sebab tolong kontek tempat budak2 nak buat program motivasi, barulah aku sampai kat rumah. Aku sempatlah tolong packing dalam polistrin saja, dan mereka pinjamlah bekas pyrex untuk jamuan para jemputan. Part ni aku bolehlah tolong, kalau nak minta aku duduk masak memasak ni, aku sibuk dengan urusan aku, apa lagi sekarang tolong sikit2 anak aku buat bisnes, tolong hantar dia je ke sana sini kalau perlu.Jiran2 aku tu, semuanya surirumah tangga sepenuh masa, jadi mereka bolehlah duduk sembang2 / masak2 dan sebagainya. Mereka banyak masa luang, tapi aku,tak cukup masa. Hanya orang sibuk yang aje cukup masa!!!

So, malam aku memang tak dapat bersama2 nak ke surau, dengar ceramah, lagi pun surau tu kalau orang lelaki aje dah 3/4 ruang penuh dengan depa,orang pompuan sikit je, kerana aku dan Farahain dah ada appoinment taklimat usahawan siber. Member dah janji ambik kami, jadi kami pergilah taklimat tu kat Ancasa Hotel. Memang seronoklah bila dengar, how he/they become millionaire, mereka mula pun sama macam anak aku nak mula ni. So, kena usahalah, tetapi work smart bukan work hard. InsayaAllah nak jadi macam tu juga lah...Balik jam 11 malam. Esok sekolah ganti, but still writing in blog! Just to keep in touch with today's event...

Thursday, March 27, 2008

sup kaki ayam

Tiba2 aku teringat, kelmarin aku makan sup kaki ayam kat sekolah. Masa tu baru nak makan tengahari dah dekat2 jam 12 tgh. Mulanya tak lah makan juga, tapi sorang member nak makan kaki ayam, biasanya kak kantin ni, sentiasa buat sup kaki ayam untuk sup nasi ayam ke, soto ke, apa2 la kalau orang nak guna kuah sup ni. Aku pun tumpang le sikit, sebab kak kantin ni dah banyak sangat sentiasa guna sup kaki ayam, kalau orang tak mintak tak lah dihidangkannya, kalau tak habis katanya, apa lagi berdeburlah dalam tong sampah...Sayang rezeki. Kadang2 sengaja dia letak atas meja, sape nak makanle. Aku ni, bukannya kaki makan sangat, nampak member bukan main sedap makan, aku pun makanlah juga. Ok gak...tapi bila makan ni kadang2 otak aku ni jahat, teringat2lah sikaki ayam ni menguis2 tanah...hehehe...Kalau ikutkan, tak lalu juga. Tapi baru aku tahu, rupanya ramai yang suka makan kaki ayam ni!Katanya orang2 belah utara tanah air, buat kerabu lagi...Macam2 orang makan. Kalau cakap kat hubby aku, habislah kena kata, macam tak ada benda lain ke nak makan...Agaknya aku makan sup kaki ayam ni jadi pening!!!

Pening kepala

2 hari aku pening kepala dan sakit tengkuk. Tak tahu kenapa, yang pasti aku rasa makan tak ikut time yang betul, keadaan cuaca yang tak menentu juga, sangat panas sari dua ni, pulak tu hujan sentiasa, macam orang2 kata, ku sangka panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari. Macam tu lah. Pulak tu, aku dan anak2 beli makan kat luar, sebab nak masak, tahu2 lah dapur ada, nak masak dalam keadaan tak sempurna ni, memang lemah rasanya, jadi aku tanggunglah derita, sebab beli makanan kat luar ni banyak letak perasa pak aji jepun, nak tambah sedap lagi agaknya. Aku kat rumah, memang tak masuk apa2 pun perasa pun kalau masak, semuanya original taste. Jadi, agaknya kerap makan macam ni, mulalah meresap dalam sistem imun ni, tu lah yang sampai boleh masuk angin dalam badan!

So, petang tadi cek kat doktor, aku memang tak suka cek kat doktor ni, tapi bila dah masuk hari ke 2 masih belum ok, barulah terpaksa jumpa doktor juga, manalah tahu, umur dah nak masuk separuh abad, macam2 cerita pulak, hah lagi payah. So, doktor suruh rest, esok dia bagi mc, aku kata mc ni standby aje, kalau ok aku gi kerja, tapi doktor suruh rest. Tidur. Memang betul pun semalam lepas maghrib aku terus tidur sampai pagi. Tadi minta dengan bos nak balik awal, sebab kepala pening, aku balik tidur juga sampai jam 5. Malam ni, dah makan ubat, ada rasa kureng sikit. Hubby bising suruh aku mc juga, susahlah aku ni orang rajin kerja! Ok lah aku perlu rest sekarang, harap2 esok bolehlah bangun dan menjalankan tugas seperti biasa.

Tuesday, March 25, 2008

lagi gambar dapur dalam proses


Kisah dapur

Gambar2 yang baru ni hubby yang ambik kan, dia pulak yang lebih2. Dia pun suruh ambik macam2 angle, bila dah siap nanti, bolehlah compare how it looks like. So semuanya ini akan jadi bahan sejarah. Mungkin 3/4 minggu lagi bolehlah siap. Aku harap anak2 aku kat UIAM Si Farhan & Si Fatehah dan kawan sekatilnya sape lagi kalau tak Si Ayen dak Sabah tu bolehlah ambik kontrek mengemop/mengelap bila dia cuti nanti. Sekarang memang aku malas nak lap2/mop2, buang masa dan tenaga aku. Biar sekali penat aje, nanti buat sana tak kena, buat situ tak sesuai, so relax dulu. Tengok keadaan.Banyak barang2 'kesayangan" kena fikir banyak kali, adakah perlu simpan buat stok lagi???Kalau fikir2 tak guna, buat barang pameran, lebih baik hantar kat lain. Bukannya apa macam2 bekas tipuware lah, bekas botol plastikware kuih lah, bekas mangkok2 plastik beli taufufa, semuanya dok simpan, buat stok. Semuanya sayang, so simpan aje.Takpayah le ,baik throw away!!!So lepas siap dapur baru, hah kemaslah.

kitchen renovate 2





Monday, March 24, 2008

kitchen renovation

Cuti sekolah seminggu lepas 14.3.08, dapur rumah mula direnovate. Kenalah renovate, sebab selama ni, dapur rumah hanya lah didindingi sekerat dinding batu blok dan grill aje. Sejak dah menetap kat rumah ni hampir 6 tahun, ini kali ke 2 renovate. Lepas ni rasanya dah tak ada nak buat apa lagi. Tak tahulah kot ada rezeki melimpah ruah lagi, nak naik setingkat lagi ke, belum pasti lagi. Yang penting, dapur memang kena renovate, sebab dah agak lama, bawah pintu dah mula berkaraaaat. Habislah aku paling geli dengan sang katak, kalaulah melompat2, habislah mana2 anak aku yang ada, aku suruh halau katak. Terjerit, terpekik lah aku.

Jadi, aku memang malaslah nak berkemas2 sangat, sebab tak nak buat kerja berkali2. Memang penat, sebab kena pecah bilik air yang pada asalnya terletak ditengah2 rumah!Mana tak berdebu, habis, kabinet2 ,perabot berdebu,so aku malas nak mengemop, biarlah dulu, sebab sampai hari ni belum siap lagi. Bilik air baru diletakkan di bahagian belakang rumah. Jadi, luaslah sikit ruang makan.

Usah ceritalah, semua barang2 dapur dan perabot/built in kabinet kena alih, huh macam duduk dalam rumah apa, bersepah2. Boleh2 lalu aje. Tak kisahlah, janji lepas ni,luaslah dapur rumah aku ni. Sebelum ni renovate bahagian tepi,besarlah sikit. So, aku taklah kemas2 sangat, hubby balik kerja, dia memang rajin tolong sapu habuk!Aku memang salute kat dia, memang tak nafikan dia memang rajin tolong aku, sebab personally banyak tolong menyenangkan kerja dia...Dia beri duit belanja, pandai akulah anak bajet macam mana untuk ahli keluarga dari bayar segala bil termasuklah beli barang2 makanan. Dia tahu ada aje. Ikutkan memang dia tak pening kepala, balik kerja, siapkan air kegemaran aje - nescafe.

Sunday, March 23, 2008

gotong royong
















Hubby sedang cantas dahan pokok









Ibu dan anak sedang menikmati nasi lemak










Bangsal lama nak dirobohkan








Pelajar Kolej Komuniti juga berbakti






23 Mar 2008 Ahad.

Hari ni dapat melihat dunia ni lagi, alhamdullilah.


Pagi ini, ada gotong royong di kawasan perumahan tempat aku bermastautin. Sejak aku menetap di negeri hang tuah ni, mana-mana tempatlah tak kira bandar ke luar bandar ke gotong royong selalu diadakan, terutama hujung minggu.Agaknya kalau tak buat begini, tak ada sape nak hiraukan kawasan keliling. Sebab aku kata begini, kebanyakan melibatkan cik abang yang bertugas sebagai head department. Pulak tu, cik abang ni dilantik sebagai pengerusi taman ini, nak tak nak memang sahlah kena bersama-sama dengan anak buahnya. Jiran pun sama-sama keluar rumah masing-masing dan bergotong royong membersihkan sekitar tak kiralah apa saje yang nampak sampahsarap ke, longkang dah berkeladak ke dan sebagainya ditimbunkan di tepi jalan dan diangkut oleh lori majlis bandaraya.

Tugas aku taklah angkat cangkul atau apa, tetapi tukang order nasi lemak! Cerita nasi lemak ni, nasi lemak akak ni memang aku kontrek sejak aku mula menetap di Melaka ni dan bertanya nasi lemak yang sedap. Maka, ada orang rekomen kat kakak ni. Kalau nak ikut sejarah sejak tahun 1996 - masa tu dia bungkus guna daun pisang. Maklumlah nasi lemak ni kalau dibungkus dengan daun pisang memang humppp! Lepas selang beberapa tahun, daun pisang melawas agaknya / kalau beli kat pasar harga dah naik sebab dah tak ada orang nak cari daun pisang, dia bungkus dengan kertas & plastik aje. Tak apelah kak, cuma tak ada aroma daun pisang je, tapi nasi masih kekal rasanya. Kalau nak order biasanya malam sebelum kena telefon dulu,kalau tak alamatlah melepas. Kalau kita pergi paling awal 6.30 pagi dah berderet orang beratur! Hebat sungguh penangan nasi lemak akak ni. Dulu harganya 60 sen, tapi 2/3 tahun lepas dah naik ke 70 sen. Rasa aku, nasi lemak kakak ni cukup murah. Kalau banding di bandar KL atau JB tak dapat harga macam ni! paling lekeh lah 2 rm.Tak kisahlah kak, orang semua tahu barang-barang naik harga, senang sifirnya harga minyak mentah dunia naik, harga barang pun naiklah juga. Ni lah yang tak enak didengar, kita yang ditugaskan menguruskan rumahtangga tahulah harga barang-barang yang naik harga ni. So aku order 200 bungkus. Janji selepas jam 8 pagi boleh ambik.

Sebelum tiba jam 8, cik abang ajak breakfast, apa lagi biasanya hujung minggu makan roti canai le. Kalau tak roti canai, capati atau tosei. Biasanya gerai yang dah confirm pergi, bukan sembarangan juga, yang dah dikenal pasti roti canai/capati/tosei dah dapat iso. Kalau-kalau nak test market, try tempat baru, jika menepati iso cik abang hah pendek kata selalu lah gi ke tempat tu. Pernahlah test market,nampak gah gerainya, tapi roti canainya out! So sorry, sekali tu lah aku dengan hubby gi. Biasanya aku dengan hubby aje gi dating breakfast.Dekat-dekat pukul 8 aku dengan cik abang nak gi ambik nasi lemak. Sekali pergi baru siap 100 bungkus saje, sebab sorang stafnya tak sihat...Nak kata apa, kalau dah asyik kerja tak rehat, ada kalanya kita jadi tak sihat juga. Tak apelah, jam 9 aku diminta ambik bakinya.So sedap...

Saturday, March 22, 2008

di sini bermula..semalam, hari ini, dan esok


Hari ini 'tercipta' satu sejarah, dapat buat blog baru.Tentunya kredit mesti diberikan kepada Farahin, anak gadis ketiga.Terima kasih In!Mulanya dia sendiri tidak pasti hendak memulakan how to create personal blog.Setelah browse blogger, maka terhasillah yang tidak sepertinya ini!


Semalam, hari ini dan esok adalah rutin hidup yang dilalui oleh semua manusia.Apa yang berlaku semalam, mana yang baik diteruskan, dan yang sebaliknya kenalah muhasabah diri ini.Hari ini, hari yang sedang dilalui, entah apa yang berlaku, akan berlaku pada hari ini belum pasti lagi.Sekiranya ada perancangan yang dibuat, sudah tentu kita tahu apa yang berlaku, tetapi bagaimana yang tidak dirancang?Esok, hari yang mendatang, belum tentu kita akan menemuinya.Maka, sekiranya esok, kita tercelik mata lagi, alhamdullilah Allah swt masih memerlukan diri ini di dunianya.Maka, hari semalam terus berlalu, hari ini dilalui, dan esok mudahan dapatlah diri kerdil ini diperlukan lagi...Wasalam.