CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, December 17, 2008

Selesaikan tugasan segera!










Isnin 15.12., aku pulun habis2aan persiapan takwim tahun depan, sampai petang dok menyemak paging dan susunatur setiap "bab".Kira ok lah semuanya on time, tapi rasa macam tak puas hati, bawak balik, semak semula, rupanya ada satu mukasuratertinggal!
Alamak, nasib baik aku semak kali kedua, tak fasal2 aku baiki dan semalam juga settle dengan PAR untuk reso dan binding.SIAP! Aku macam mana sekalipun mesti kena siap juga...


Petang semalam juga, aku ngan hubby hantar Mohd for interview YPM (Jepun) kat The Legends Water Chalet kat PD. Tapi tidur kat Avillion Admiral Cove, sebab yang dekat dengannya kebanyakan fully booked! Tak lah jauh mana pun, sebab interview jam 8.30 pagi, so bimbang cannot make it dari Melaka, lebih baik relax kat PD lebih awal.Sempatlah juga snap landscape sekitar AAC ni. Tepeklah beberapa gambar sekitar AAC.(Tolong iklan percuma~~~he he he...)

Ikutkan dalam surat interview tamat petang, jam 1 lebih dah selesai, so terus balik ke Melaka. Sebelum ambik Mohd , sempat aku ngan hubby cari roti canai (home-made - segera) somewhere kat Kg Si Rusa. Tanya orang, so, betullah jalan yang aku lalu tu (Jalan nak ke Muzium Tentera Darat)

Roti canai ni memang sedap, sejak menetap kat Melaka aku memang miss betul roti canai ni. Di KL dulu, selalu dapat "stok" sebab jiran sebelah rumah bawa balik bila dia balik kampung...Hampir 12 - 13 tahun tak dapat! Sekarang dah upgrade, kalau dulu hanyalah macam bangsal aje, kini dah cantik dalam bangunan, tapi cara buat tetap sama (macam la kita buat kat rumah! ~~~bukan macam ada sesetengah tempat/gerai pakai uli2 lepas tu main lipat2 aje...aku cukup tak gemar cara macam ni).

Petang tadi juga aku settle urusan lain pulak -
~~~bawak Fahd tempah seluar sekolah kat kedai biasa buat,
~~~pergi beli kain baju melayu dia kat Nagoya,
~~~ambik spect spare aku yang betulkan skrew dah longgar,
~~~hantar tempah baju kemeja & baju melayu kat member di Cheng,
~~~(lepas magrib) gi JJ, beli daging nak masak dalca (nak makan dengan roti canai!!! best!)
~~~Mohd beli sport shoe & seluar (ada offer le, kalau tak tak payah le)
Jam 9 lebih barula selesai semua tugas....Wow esok mula bercuti!Baru la seronok berjalan...

0 comments: