CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, December 4, 2008

Day 5 - Pasar Filipina

Sebelah petang kita orang ke Pasar Filipina (kenapa Filipina? tak tahu la )- banyak kraftangan / cenderamata pelbagai jenis ada di sini. Kalau tengok, "mabuk" dibuatnya. Aku taklah "menjelajah" seluruh tempat jualan ni, sebab semua kedai menjual yang sama juga. Kali ni, aku tak beli apa2 pun sebab sebelum ni dah banyak beli - terutama kraf mutiara - rantai / gelang tangan mutiara air tawar ke air masin ke, yang ori / tak ori semua ada.Pasar ni depan Le Meridien Hotel (pernah la ke hotel ni semasa Mesy. Tahunan Pandu Puteri Malaysia).

Ada kedai / gerai (tak tahu lah nak guna istilah apa) yang jual pelbagai jenis ikan masin/ikan bilis dan macam2 hasil laut. Hanya beli untuk adik pesan ikan masin & udang kering. Kalau banding dengan tempat aku ni, ianya walaupun di KK lebih murah la sikit....Tapi kalau nak kira bawak naik kapal terbang , mahal le....Aku berani bargain dengan harga 'mampu' kita bayar - kalau worth to buy, I'll buy.

Ada juga yang menjual pelbagai jenis makan ringan - makanan tempatan / ada juga dari luar. Pelancong luar usah kiralah ! Ramai~~~~~

0 comments: