CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, November 22, 2008

Sabtu 22.11.08

Hari ni ada banyak events berlaku.


1. Cik Faiz - cousin hubby kahwin! Selamat Pengantin Baru, minta maaf le bebanyak cik Faiz kerana tak dapat makan nasi minyak hang.Kalau tak bersebab kita gi juga, walau jauh sekalipun di Mersing, Johor.

2. Sebab tak dapat gi Mersing - hari ni kena hantar hubby kat Sri Negeri untuk ke Kuching jam 12 tgh. Dia ada meeting kat sana dengan ahli majlis Jasin - balik Isnin.Sebab tu lah kita orang tak dapat le ke sana.Kalau tak, memang tak kisah punya.

3. 1.00 ptg Mohd nak outing pulak - nak gi tukar memory kad , katanya tak boleh baca.

4. Lepas zohor gi Mahkota Parade nak tukar memory kad. Rupanya, hphone dia tak boleh support 4G. Nak kata apa, so pulang duit tak boleh lah, jadi salewoman kata dia tolong jual. Ok lah janji dapat balik duit tu , banyak oiiii rm69.00.

5. Dalam pada tu aku gi ronda kat SengQ - nak tengok hand mixer & oven. Memang hajat nak beli. Dah lama juga aku reki2 harga di mana2 berkesempatan. Tengok handmixer Elba, dengan harga rm89 + rm3 untuk tambah waranty,"terbelilah" satu. (Huh berkobar2 nak buat kuih!!!). Lepas tu tengok electric oven - tengok2 ada redeem - points banyak sebab beli barang2 kat Sengheng / Seng Q, so redeem 190 points + rm81. Wow dapat cute oven!Jadilah, bolehlah kalau nak buat cokies, bukannya nak bisnes...suka2 nak buat. Tu pun kalaulah terbuat...

6. Balik rumah dah jam 6. Terperanjat cik kak kerana aku beli handmixer & oven. Ok kak apa lagi, kalau tak buat siap le....

7. Lepas magrib Mohd nak balik ke asrama. Dalam pada tu baru dia cakap, kalkulator dia rosak sebab jatuh. Ala satu hal pulak, nak tak nak terpaksalah gi Jusco beli kalkulator saintifik , bayarlah rm36.95. Kalau tak susah le , nanti nak exam Fizik & Bio.

8. Malam,dah keletihan, dalam pada tu, cek kerja2 nak buat takwim, sebab cik kak nak taip.

9. Hari ni dah habis begitu saja. Esok tak tahu apa la lagi. Yang pasti hari esok akan mula jam 5.45 pagi. Inilah waktu mula setiap hari...








0 comments: