CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, November 10, 2008

Hari yang sibuk

Seperti biasa - hari Isnin ke sekolah - asembly buat ringkas aje sebab hujan dah mula rintik2 turun. Dalam pada tu ada juga GKMP Bahasa buat cabutan bertuah untuk mereka yang memberi sumbangan kepada 'penjualan' majalah T6. Minggu ni minggu akhir sekolah. Esok SPM dah bermula.

Hari ni agak sibuk, tapi aku ni sentiasa sibuk, kalau dah duduk dalam pejabat, dah susah nak keluar2. Macam kerja kat bank - pelanggan lepas satu , satu, tunggu giliran, tak kiralah guru ke, parents ke, atau murid atau outsiders.

Balik rumah dah dekat jam 3.30 ptg. 4.00 ptg gi ambik spect Mohd kat Axis . Buat tukar cermin aje, serta merta buat hari Ahad dia outing kejap. Dah teruk sangat agaknya, kelabu, gara2 baca buku la tu!!!Katanya sampai last minute pun semua orang F5 Mozac bertungkus lumus. Hai tak cukup2 lagi. Mudahan semua cemerlang dengan gemilang!

5.00 ptg Mohd dah cal, mintak hantar spect. Ambik Fahd dulu di sekolah sebab dia baru balik dari Water-world A Famosa anjuran PSS. Jumpa Mohd jap, so wished him good luck, try do the best. Lepas tu hantar Fahd balik rumah - dan aku patah balik untuk ke kelas exercise kat BB! Tu pun dah agak lewat 15 minit tiba, ok gak, ada juga yang tak datang. Habis jam 6.30 ptg. Sampai rumah dah 6.45ptg - gitu gini, keluar masuk, keluar masuk dah masuk magrib. Hubby gi surau for magrib, aku prepare dinner untuk ibubapa in laws.

Lepas solat, pergi fotostat resit yuran Mohd sebab dia nak beri pada cikgunya, ikutkan dulu aku dah beri kat dia satu salinan, tak kisahlah, nanti masalah besar pada dia kalau tak dapat, so dah tak ada salinan terpaksa fotostat. Esok gi hantar kat dia pagi2 sebelum masuk exam - hubby janji nak datang wish dia & aku pun akan pergi sama .

Hubby balik - just goreng mee for him. Fahd dah kekenyangan agaknya (macam Stokin he he he ...), sebab pagi tadi gi A Famosa, aku bekalkan dia nasi goreng+ayam Mexican + air kordial sarsi. Cikgu dia pulak sediakan nasi ayam + sandwich + apa lagi tak tahulah.Jadi mana tak kenyang. Habis semua katanya. Tengok2 dia dah keletihan, boooooom terus. Lepas berita TV3 aku sambung edit takwim 2009. Aduhai marathon juga hari ni...Esok sekolah , tak tahulah apa yang bakal berlaku lagi.

0 comments: