CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, November 23, 2008

Drama Sebabak

Scene 1

Sebaik saja aku nak masuk ke dalam rumah, selepas sidai tudung.Baru nak tarik gate...

"assalamualaikum!" seorang lelaki tiba2 datang mendekati aku,selepas dia menongkatkan motosikalnya.

"walalaikumsalam", aku jawab selamba.

''kak, saya nak mintak derma, anak saya belajar kat universiti, kalau tak percaya ni suratnya", dia beriya2 memberitahu aku.

Aku mula cuak.Eikk! Anak masuk universiti nak mintak derma? Orang boleh tahan "gagah" perkasa. Kalau daif tu, ada rasa simpati juga.

Aku menjawab, " cik, kalau anak masuk universiti , mintaklah pinjaman kat kerajaan negeri, takkan tok penghulu, sidang ke tak tahu nasib anak buahnya".

"Dah mintak dah, tahu2 aje lah mereka semua, bukannya nak layan saya, dah puas saya mintak tolong, dapat sikit aje, hari tu dapat sekali saje", dia beriya2 nak beritahu aku.

"Ye la, saya pun 3 orang anak kat universiti, semuanya pinjam. Tak cukup memang la kena tambah sendiri".

"Mintak sikit lah kak, anak saya nak balik hari ni, tak ada duit, kalau kakak beri, tuhan saje yang membalasnya" dia berkata lagi.

Aku tak rasa nak simpati pun.

"Beginilah, sape nama cik? nanti saya talipon sidang kampung tempat awak tinggal atau ketua kampung, biar dia ambik tahu hal awak ni", aku ambik pen dan kertas. Dia pun beri nama dengan nombor rumahnya.

Pandai pulak menjawab, "agak2 bila dapat kak?"

"Nantilah saya talipon, tengok apa mereka jawab. Dia pun terus start motorsikal berderum............

Scene 2

Aku pun sms hubby kat Kuching mintak nombor Pak Chat sidang Ayer Molek.Dia tanya untuk apa, aku pun bla~~~bla~~~tulis tentang orang yang datang tadi.


Scene 3

"Hello , assalamualaikum Pak Chat"

"Waalaikumussalam, sape ni?"

" Saya cikgu ~~~~~sekolah~~~~~~"

"Tak perasan la....."

"Kalau isteri Pak~~~~~kenal ke?"

"Oh ye ye.....ada apa cikgu"

Aku pun bla~~~bla~~~~bla~~~~ tentang orang yang datang tadi.

""Cikgu jangan layan dia, apa tak kenal nya, apa lagi tak cukup, rumah PPRT dah dibaiki/dibuat (katanya susah la), pinjaman dah dapat, tapi kerja malas!penagih dadah! Anak pandai dapat masuk universiti, mana nak ada duit kalau buat kerja tu..." Pak Chat beritahu.

Hah ambik ko. Dengan aku jangan main2, aku selidik sampai ke lubang cacing, aku siasat habis2an.Jadi, betullah aku tengok tadi, semacam aje.

Aku pun sms kat hubby. Ingatkan dia lagi, jangan main percaya je kat orang.
Sebab dia pernah kena, orang datang malam2 mintak duit nak beli susu anak, dia guna nama jiran depan rumah. Hubby tak tanya2 lagi, mintak duit kecik dengan aku. Aku tanya nak beri sape, dia kata sekian2 orang mintak, awak tak kesian ke orang mintak duit nak beli susu anak kecik. Ye le tu....nak kesian pun, tengok orang juga.

Esoknya aku tanya dengan jiran aku ni, memang betul pun, dia kata kak jangan percaya, dia penagih dadah! Aku pun benganglah dengan hubby ni, sebab tak tanya lebih2, munasabah ke malam2 datang minta duit, kenapa tak mintak siang2???Orang jenis ni aku takkan halalkan duit yang digunakan untuk tujuan itu....

Pengajaran:
Kalau sape2 yang datang nak mintak derma, tanya betul2 jangan pakai hulur aje. Le ni tak macam dulu2...Tak logik, sampai nak beli susu anak ke, nak belajar ke, duit tak ada...Dah tahu beranak pinak, bertanggungjawab le....Kalau tak jangan beranak.



2 comments:

Unknown said...

saya pun ada cerita cgu - sekarang dah macam ada satu benda yang saya paling tak pekenan - kalau isi minyak mesti ada ' budak2 baik ' datang ' - derma anak yatim encik - macam2 dalam kepala.dari dulu dia akan bawa kelendar islam dan minyak urut..kadang2 tgk muka...anak sapa ni...nak tanya pun malas..

sonata anak kancil said...

Betul tu cikgu,saya selalu juga kena macam tu, saya buat de aje (sebab fikir ada yang tak kena)...buat cara lain untuk dapat pahala.