CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, October 31, 2008

Day 1 - Kg Orang Asli






Selepas tamat sesi lawatan di Kg Pagi on the way back kami dibawa ke


perkampungan orang asli di tepi Sg Tembeling untuk melihat sendiri cara kehidupan mereka. Orang asli ini adalah suku 'batek'. Kami berjumpa dengan tok batin - dan dia boleh bercakap Bahasa Melayu - faham apa yang kita tanya. Baik & bekerjasama orangnya, apa yang kita orang tanya, semuanya boleh dijawab dengan baik.






Pertunjukan menyalakan api tanpa menggunakan teknologi~~~hanya menggunakan macam rotan digesek2 pada kayu, dan akhirnya berasap pada abuk kayu dan dicucuhkannya pada daun2 kering! Wow magik betul, pandai sungguh, tak payah guna teknologi yang kita guna setiap hari!



Ini pulak ialah pertunjukkan membuat bahan sumpitan - sebatang buluh kecil yang diraut seperti lidi penyapu & dihujungnya diletakkan penyendal macam gabus gitu dilicinkan dengan sejenis daun kayu ( macam kertas pasir kita beli kat kedai )

0 comments: