CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, October 31, 2008

Day 1 - Gua Telinga- Taman Negara



Jam 3 lebih kami naik bot lagi untuk traking ke Gua Telinga. Traking sejauh +- 1 km, letih berjalan, tapi kami semua gagahi juga untuk ke Gua Telinga. Kalau tak ikut rugilah, bukan senang nak sampai ke sini. Semua aorang excited nak masuk ke dalam gua. Kenapa digelar GT?Sebab gua ni sempit, kalau boleh bayangkan laluan dalam gua ni macam kita belajar bab telinga dalam biologi.




Bukan kumpulan kami saja yang hendak masuk ke dalam gua,ramai lagi dari pelbagai kumpulan yang hendak ambik peluang masuk ke dalam. Oleh kerana laluannya sempit,nak masuk ke dalam mestilah one by one. Faham2 ajelah dalm gua, laluan yang sempit, batu2 gua yang licin & kasap/kasar, yang mana tempat kena merangkak, jalan mengiring - ikut laluan yang dipasangkan tali. Lalu dalam gua ni only one way.

Oleh kerana ramai di dalam gua, sebab jalan perlahan2 maka dalam gua boleh jammed!!!jadi kita berehat sementara orang di depan lepas dulu, sempatlah dalam gua kita orang rakam gambar masing2 & dapat juga ambik gambar 'bats' yang aku tepek gambar kat bawah ni.
Oleh kerana terlalu ramai orang , kita orang jammed hampir 2 jam dalam gua!
Lepas keluar aje, huh habis kotor baju & tracksuit / kasut.Masing2 mengucap panjang bila dan selamat keluar ikut the other way.
Serik aku nak masuk lagi ke dalam gua ni.Cukuplah untuk the 1st & the last.


0 comments: