CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, September 8, 2008

Selamat Bersara

Sepertimana yang telah diceritakan, aku ni memang sibuk dengan majlis persaraan bos, maka pada 4.9.08 telah diadakan diperingkat sekolah. Pada 5.9.08 pula peringkat negeri. Apa taknya, bos seluruh negeri Melaka dijemput hadir. Termasuklah semua kakitangan dari peringkat pengarah semua lapisan pegawai dijemput sama. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Hasilnya memang nampak cantik, tetapi kerja2 di belakang tabir sape tahu!

Semua jemputan yang aku kenal,( majoriti aku kenal ) - memuji dengan perjalanan majlis ini. Aku ucapkan tahniah kepada semua staf yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Bersara sekali! Buatlah yang terbaik untuk bos. Bos ni tak tahu macam mana rupa majlis nya, tengok2 belakang pentas di kantin semua dah lengkap berlangsir. Tak dapat lah nak tepek gambar kat sini, sebab aku minta murid aku guna handycam. Kalau boleh masuk, dapatlah lihat terutama kereta bersara...Dengar khabar harga kereta tu 2nd hand pun dah rm180k. Aku pun try naik juga, he he he lambat lagi bersara.

Pada 5.9.08, tu pagi2 dah hujan. Tapi aku taknya panik, relax aje lah nak kata apa. So cari alternatif - cuba dapatkan platform untuk pasukan gamelan & caklempong, tak dapat. Guna ajelah platform yang ada. Dalam hujan semua majlis berjalan dengan lancar juga. Alhamdullilah sekarang semua dah beres. Cuma aku ni agak busy nak bagi2 kan godie-bag untuk semua staf. Semua dapat, dari pelbagai peringkat. Seronok mereka dapat - semuanya disumbang dan kerjasama oleh pelbagai pihak, kalau tak susah juga buat majlis macam ni. Yang boleh pinjam - pinjamlah tak adalah nak keluar kos. Selamat bersara....

0 comments: