CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, August 21, 2008

Excercise mat & kasut baru


kasut dan exercise mat

Semalam aku gi Jusco beli kasut baru - murah je selepas 70% diskaun drp RM139. Masa ni Jusco ada merdeka sales. Kalau sape yang baca blog ni nak kira, kiralah sendiri.Kasut ni aku beli sebab dah mula masuk kelas exercise. Hari ni masuk hari ke2. 1 minggu 2 x iaitu Isnin & Khamis. Exercise mat pun aku beli juga. Kira ok gak harganya RM35.90. Kalau beli kat health centre lagi le mahal! Tak perlu, yang aku beli kira reasonable lah. Aku masuk kelas exercise ni, hajat tu dah lama.

Aku kenal Nancy pun dah lama masa2 gi kursus le. Dulu2 dia ada juga cakap, tapi masa tu, aku punya komitmen agak very tight, so tak berapa nak kisah.Last week gi Jusco, jumpalah dia. Tengok dia sihat je.Bila jumpa member lama, soalan yang sibuk nak tanya ialah sambung atau tidak 2 tahun lagi...Dia sihat dan badan mantap!Apa lagi, aku pun nak ikut dia giexercise. Terus aku join, dia tunggu aku last monday somewhere kat BearHill.

Kasut perlu untuk work-out /warm-up dulu. Kalau hujan pun boleh buat exercise sebab berexercise dalam dewan. Jadi kasut ni khas untuk dalam dewan je, tak boleh bawa keluar. Cikgu yang mengajar exercise ni umur dah 60 thn - badan bukan main lembut lagi, dengan mudah badan dia boleh dilentur! Aku mula2 buat ni, ada sengal2 lah. Tapi dia kata, tak perlu nak paksa2 kalau tak boleh buat, lama2 nanti tentu boleh. Lagi pun aku kat rumah pun cuba2 juga lentur badan ni - simple exercise aje. Jangan tak buat langsung, kalau tak keraslah badan!!!

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.