CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, August 21, 2008

Sentiasa sibuk

Cuti sekolah - sekolah lah cuti, murid tak datang. Tapi cikgu tak cuti! Cuti yang pendek ni pun macam2 tugas cikgu kena buat. Yang aku tahu, waktu2 ni juga macam2 program diadakan. Ada staf aku gi Sarawak bawa murid, ada gi Kelantan baru2 ni ( anak aku Si Mohd - gi juga ) kerana program pendidikan pencegahan dadah peringkat kebangsaan, ada gi program akademik camp, yang paling lama ialah camping pengakap peringkat antarabangsa buat kat camp pengakap kat Melaka ni. Habis cuti sekolah 1 minggu.Mohd wakil Negeri Melaka dalam bahagian slide show.

Fahd cikgu dia hantar gi camping. Nanti dapatlah sijil antarabangsa. Entah apa cerita Si Fahd ni tak tahulah, agaknya seronok jumpa pelbagai bangsa dari negara luar. Hari semalam minta hantar air mineral dah habis.Hantarlah juga keropok lekor goreng yang Mohd beli di Kelantan & kek abah. So dia tunjuk dapat name cards pengakap dari negara Arab/Egypt, dia kata cakaplah orang putih juga. Bagus lah tu. Baru tahu betapa pentingnya bahasa inggeris kalau jumpa outsiders.

0 comments: