CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, August 24, 2008

Cuti dah habis

Sunday - 24.8.08-cuti sekolah dah tamat. Mereka yang bercuti - tak kiralah students ke, satu family ke, sebab cuti sekolah 1 minggu ni, kebanyakan orang ambik kesempatan, nak balik kampung lah, nak melancong lah, sedara2 buat kenduri kahwin, dan macam2 lah lagi. Cuti sekolah ni, ramai orang biasanya juga turut bercuti. Aku cuti sekolah ni, nama je cuti sekolah - murid sekolah yang bercuti, cikgu ada yang menjalankan tugas2 rasmi juga. Termasuklah aku. Memang kerja2 ni memang banyak la tak pernah nak habis. Satu dah selesai, 2/3 yang baru akan tiba.Nama kerja, kalau tak tak payah le kerja...

Hari ni, tugas aku ialah ambik si Fahd dari tempat camping. Pukul 11 lebih dia telefon suruh ambik kat tapak perkhemahan, tak lah jauh benar, dekat2 rumah aku juga. 10 minit tiba lah ke tempat tu.Mohd pun ikut juga sebab nak jumpa kawan dia yang bercamping juga. Hubby
hantar In balik KMS.

Bila masuk kereta , dia merungut tak best. Apa fasal tak best? Rupanya hp hilang agaknya masa charging malam semalam, cermin mata baru buat dah jatuh dan hilang sebelah cermin. Dah 2 hari katanya hilang masa buat jungle tracking. Nak mandi pun susah, makan on time, tapi lambat juga, ramai orang, dan tahu2 lah dia mana nak cukup makan, dah banyak buat aktiviti mana tak lapar aje...Pulak tu ada aktiviti kena pergi kebun getah, bau getah busuk katanya. Hah, apa lagi aku pun kata, bagus semua tu sebagai pengalaman. Lain kali kalau ada lagi, pergi lagi. Mati2 dia tak mahu.

Baru tahu, orang gi camping macam tu lah...Oleh sebab agaknya mandi tak puas/tak selesa, bau bukan main sedap lagi. Si Mohd pun kata - umi bukak tingkap kereta! Sebelum tiba rumah, singgah kedai beli sabun detol. Balik rumah kau mandi bersih2, guna sabun detol, bersihkan badan betul2. Manalah tahu kena gigit nyamuk dan sebagainya, bersihkan betul2 buang kuman2 yang lekat.

Lepas mandi, bersiap2 nak gi betul cermin mata pulak. Sementara dia mandi, hantar Mohd balik ke MOZAC. Lepas tu, ambik Si Fahd ni buat cermin mata serta-merta, tapi siap hari Selasa paling cepat. Tak apa lah...Kenalah rm75 untuk sebelah aje.

Kasut/beg/baju bukan main kotor lagi. Terpaksalah aku basuh serta merta. Cuma belum basuh khemah dan sleeping bagi. Esok aje lah. Dah tak larat, sampai petang baru selesai. Patutnya dia basuh la, tapi dah kepenatan sangat . Baguslah Fahd, pengalaman yang tak ada dalam buku. Lain kali pergi lagi, kau tak ada kat rumah seminggu, aman rasa rumah.Kalau dia sorang pun macam ada 10 orang!!

0 comments: