CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, June 20, 2008

Membereskan tugasan

Pagi2 tadi aku tolong edarkan cenderahati daripada PIBG kepada semua warga sekolah. Perlu edar secepat mungkin, sebab hari ni balik jam 12.00 - Jumaat. Nak kata ramai tu taklah aku kira pulak yang memuji beg kertas tu cantik.Dalam beg tu ada face towel bersulam sempena Hari Guru, mug PIBG dan sebiji (?) jelly.Terima kasih PIBG!!!Aku perlu siapkan segala tugas2 yang perlu diselesaikan sebelum pergi ke Telok Batik, Lumut Perak. Perlu selesaikan sebab tak naklah nanti ada orang cal minta itu ini bila aku out station.Ini dah resmi aku, sampai petang tadi balik jam 6 lebih! Bawa balik kerja nak hantar hari Isnin, update kat rumah lagi senang. Kerja sain menyain bukan main banyak lagi. Naik penat juga tangan ni dok menyain macam2.

Malam dah mula berkemas2 apa yang patut dibawa selama 3 hari ke Perak. Perlu buat malam ni sebab masa dah suntuk. Hari Isnin ada meeting lagi sebelah petang, urusan Farahin ada lagi yang belum siap. Jam 7 lebih - 8 pagi dah bertolak dari sekolah ke Perak. Nanti kelam kabut kalau tak mula kemas apa yanga patuat. So be prepared.Esok pagi nak kena gi sekolah, nak memantau orang kantin nak kemas2 kantin, petang pulak ada urusan nak ke rumah orang pandai berubat untuk uncle aku yang sakit. Ok lah takat ni, mata dah ting tong....

0 comments: