CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, June 9, 2008

Macam2 lagi

1st day of school for 2nd term. Ada majlis Minggu Bahasa - 9.00 pagi.

Parent datang bawa anak pindah masuk - masa cuti berurusan. Dah buat perjanjian janji baik, kalau dah pindah waktu2 tengah tahun ni adalah masalahnya - memang betul pun. Ada ke dia datang dengan kaki seluar batang paip - sangat sempit! Katanya sejak F4 kat sekolah lama - aku warning - tak boleh. Bos pun tengok, dia suruh balik- tukar seluar lain. Masuk sekolah ni, mesti ikut semua peraturan sekolah ni. So, dia balik. Tak lama dia datang lagi, tapi besar sikit dari tadi, esok aku nak tengok yang lebih besar lagi! Kasi ajar sama dia, nak sekolah buat cara nak sekolah.

Masuk pejabat :

1. Parents dah tunggu nak jumpa aku sebab anak dia kena pukul kat luar sekolah masa lepas kelas tambahan - waktu cuti sekolah. Sebab? Anaknya dituduh kacau girlfriend kawan dia. Panggil budak tu, so dia jadi pak turut kerana semangat setiakawan punya fasal.Parents tu nak gi jumpa parents pemukul kat rumah nya. Tapi mati2 dia tak bagi gi, kerana ibubapa sakit darah tinggi - pandai pulak sayang emak bapak. Anak orang dia tak kisah. So, mereka settle kat luar aje.

2. Datang seorang bapa pulak mengadu dapat surat amaran ke2 anaknya tak datang sekolah. Dia kata puas pujuk suruh gi sekolah, tak mahu juga. Dah F4 macam tu, aku kata beginilah- pujuk dia esok datang tak kira jam berapa jumpa aku(anak lelaki). Susah juga macam ni, aku jadi penasihat pada bapa pulak. Tak pe lah...Mudah2an Allah swt.aje yang membalasnya.

3. Dah hampir tengahari datang pulak seorang ibu , begitu juga anak tak mahu gi sekolah (anak perempuan F3). Dipendekkan cerita si anak tak gi sekolah sebab frust bercinta! Anak kelas baik jugalah - ikut perasaan. Aku pun rujuk kaunselor, minta tengok apa dah jadi budak ni - kena buat lawatan ke rumah. Aduh...anak2 kau orang semua mentah2 lagi, dah pandai jatuh cinta, bermain dengan perasaan darah muda...macamana nak cemerlang?

4. My 2nd partner masuk pulak bincang tentang majlis persaraan bos bulan 9 nanti. Kenalah aku juga jadi tekong, kalau aku tak buat AJK, nanti tak jalan. So, aku KIV dulu, sebab nak settle 3K,majlis ambil reportcard, lepas tu Majlis Anugerah cukup bulan - semua kena selesai bulan ni juga!!!

5. Lepas tu bincang pulak tentang sekolah ni terpilih wakil pertandingan 3K - panggillah penyelaras yang terlibat. Kena buat, sebab aku naib pengerusi - datang cek 23.6.08.Semua kena siap.

6. Gitu gini, dah reda semua tu - bos pulak masuk jumpa aku. "Kau tengoklah ni, ada ke aku nak kena gi kursus PTK DG52? Dah nak pencen!" Alamak kesian kat bos aku ni. Beginilah - think positive - tanyalah kalau tak pergi - apa kesan nya. Kalau nak dapatkan pengalaman, pergi ajelah- mana tahu ada rezeki...Lewat petang aku cal dia, tanya tentang ni , nak kena buat esei, nak kena cakap oranag putih, aku kata, tak apelah , kan boleh cakap...Esei no problem, esok boleh I tengok, apa tajuk...Cehh... aku cakap kat dia, kasi sedap sikit. Dia pun terima cakap aku.

Lama2 aku pun tak keluar pejabat. Nak jumpa orang semua pakai cal aje, biarlah mereka jumpa aku kat pejabat. Hari ni taklah sempat makan nasi (lagipun pagi tadi dah jamu nasi empet+rendang+roti jala - dah banyak), hanya berbekalkan karipap 3 biji yang aku ambil semasa jamuan pagi tadi dan aku bawa air kosong dari rumah. Balik rumah dekat jam 3.30 ptg kena makan juga nasi sikit+ikan bakar cecah kicap+lada kecik+bawang - sodap juga sebab perut lapar!!!

Kerja-kerja-kerja, baru sari tu - esok entah apa pulak yang berlaku. Yang dah confirm, pegawai nak beri ceramah pada 14.6 akan datang, parent pagi tadi nak jumpa aku lagi, dan petang esok aku ada meeting kat jabatan.Hu hu hu....

0 comments: