CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, May 21, 2008

Macam2 Hal

1. Pagi2 lagi aku kena selesaikan kad jemputan oleh Ketua Menteri untuk jemputan pada 23.5 Jumaat ni. Iaitu majlis perjumpaan dengan warga pendidik di DUN. Tak banyak dah, baki hari semalam yang tak dapat jumpa cikgu2 ni. So, sambil tu aku kata - jemputan khas dari CM, mesti datang sebab dia nak bagi cenderahati- memang betul pun itulah yang dimaklumkan sejak aku dan bos yang sentiasa attended meeting pengurusan ni.

2. Kelas aku 2 masa perlu digantikan, lagipun waktu ni exam time, jadi cikgu2 praktikal yang ramai ni boleh tolong gantikan. Sebab dapat maklumat ada parent nak datang tentang masalah anak dia. Masalah anak2 zaman sekarang, macam2! Bos selalu cakap masalah negara. Memanglah masalah negara sebab dalam negara!Kecik atau besar semuanya masalah negara.

3. Dalam gitu gini urusan kat ofis, ada pulak parent datang, bawa anak dia yang dia tangkap sendiri - kantoi. Bukannya apa, anak dia nak ponteng sekolah! Dia kata dia curiga dalam 1/2 minggu ni, anak F5, bila tanya nak ke mana, nak gi CC...Dengan kawan F2, aduh anak - anak. Emak bapak suruh gi sekolah, dia nak lari2 pulak, tak tahulah apa yang dia nak, yang dia tahu nak seronok2 aje. So, aku nasihatlah depan bapanya, buat pengakuan janji baik. Aku biasanya akan cakap, this is the first and the last you enter my office! Maknanya jangan buat masalah2 salah laku disiplin lagi.

3. Lepas tu, datanglah parent yang ada masalah anaknya tu. Masalah anak dia tak balik rumah - ikut kawan lah tu. Bincang punya bincang, bapanya dah buat kata putus nak berhentikan anaknya saja. Lagipun dah tanya anak dia, dia dah tak minat nak sekolah. Nak kata apa, so bapa tulis surat permohonan. Bos baca, lulus ajelah.Kita cuba nak tolong anak dia lagi, tapi tak mahu juga. Jadi janganlah ada dakwa dakwi lagi.

4. Dah selesai urusan tu, jam dah hampir 10 lebih, barulah dapat gi minum + nasi ayam. Gi dengan bos, bos belanja! Beginilah selalu tugas di ofis. Tak boleh nak keluar. Dalam masa makan tu, ada pulak kes - adaboys jumpa macam ekor ular dalam lubang tandas! Actually nampak ekor dalam sejengkal gitu, ye lah manalah tahu, aku kena ambik tahu hal2 keselamatan budak2 ni. Bukan lubang apa, lubang tu kat corner atas macam lubang paip dari floor atas. Jadi, ekor ular tu terjuntai lah, macam ular tu, masuk ke dalam. Macamana? Bos kata, bolehlah minta tolong bomba cek. Aku pun telefon lah bomba, senang aje, aku telefon adik ipar aku yang kerja bomba tu. Dia pun hantar pasukan penyiasat. Datang dah 20 minit kemudian, mana ular atau apa2 lah mungkin cengkarung ke tak tahulah, benda tu dah lari entah ke mana. Selesai satu bab.

5. Lepas tu pulak, dalam masa yang sama tadi,parent datang lagi nak ambik hphone anak dia yang telah dirampas sebab kesalahan membawa hphone. Tengok2 bekas jiran aku lama. MasyaAllah, apa nak kata. Ok lah, kerja tetap kerja. Jiran,jiranlah. Bukan aku rampas apa pun, actually budak2 pengawas sekolah yang menjalankan tugas, lepas tu serah kat aku tukang simpan. Kalau nak tuntut kenalah panggil parent.

6. Lepas tu pulak, ada cikgu2 ni aku ni nak minta pakej ke Langkawi. Ok no hal. Aku boleh uruskan dengan travel agency bekas bos aku.Kalau pandai negotiate, bolehlah dapat less lagi, less rm5 pun cukup baik. So bila aku call agency ni, the man yang uruskan tak ada, bawa orang gi Genting Highlands for 3-4 days. Oklah nanti aku cek harga. Boleh lagi gi jalan, tapi ini untuk urusan 1 tahun dari sekarang! For next year.Ok lah tu, sekarang mulalah himpun duit.

7. Dah dekat jam 2 rupanya, banyak surat2 masuk kena cek, PA aku beri surat2 berkaitan. Lepas tu aku kena respon dan buat surat rasmi budak nak berhenti sekolah tadi. Edit yang lama aje sebab jenis surat sama aje, bila tunjuk kat bos, dia edit lagi, so esok aje lah bos. Ye pagi2 esok aku akan buat. Sebab parent nak datang esok pagi.

8. Lepas tu gi attend perjumpaan dengan budak2 yang terlibat dengan sambutan untuk MTQ peringkat kebangsaan bahagian bunga manggar dan tepak sirih. Juga pada 28.5 nanti cuti sekolah ada Festival Kebudayaan sekolah kat Melaka juga. Budak aku terlibat, so bos suruh aku take part/note juga!

9. Balik rumah dah dekat jam 3 lebih. Solat,lepas tu aku 'tertidur'...Lega rasanya dalam suasana kedinginan air-con. Sampai2 kedengaran hubby dah balik - bangun solat asar. Hubby tanya, apa fasal? So, sempatlah aku melaporkan sikit2 apa yang berlaku. Aku tak gemar cakap banyak2 sebab ni urusan kerja. Gitu gini sampai malam - aku rest aje lah.

0 comments: