CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, May 20, 2008

Kain Batik's Club

Kain Batik's Club? Actually is Persatuan Kain Batik. The members? Hah sape lagi kalau tak jiran aku. I used to call Persatuan Kain Batik. Sebab ahli kamcing ialah suri rumah sahaja, aku aje yang ada buat kerja luar selain daripada suri rumah.

Bukannya apa, depa panggil aku untuk bersama2 bincang nak buat kenduri/jamuan untuk perasmian surau baru kawasan ini oleh Ketua Menteri. Mestilah dia rasmi sebab kawasan DUN dia dahlah tu belakang rumah dia!

So ahli persatuan yang tak rasmi ni berbincanglah nak masak apa untuk 30 orang sahaja. Aku part beri cadangan boleh aje, nak suruh aku masak mintak maaflah, sebab aku ada kerja luar. Susahlah sikit, tapi ahli persatuan tahu sape aku. Kalau before the date aku tolong siang2 boleh, sebab hari langsung pada 9.6.08, mana boleh aku kerja.

Gitu gini dekat jam 8 baru beres! Balik rumah - bincang sebelah rumah aje, hubby dah get ready nak gi dinner SUK yang nak bertukar. Ok lah taklah aku susah hati nak tanya dia nak makan apa. Kalau malam2 ni, nak makan ada lemau sikit. Sebab, aku/dia tak berapa gemar nak makan malam yang berat2. Paling senang, kurang2nya nasi goreng cukuplah isi perut ni, makan bukannya agenda utama. So bab makan ni taklah kritikal sangat. Dinner tadi pun aku minum air teh 1 mug + pulut panggang+ketupat daun palas yang dibawa balik dari KT, cukup sebab dah 8 lebih. Anak2 yang lain semua dah makan, dia orang pun tak kisah sangat nak makan - semua dah besar2 belaka. Ada roti pun boleh habis juga!

Masa perbincangan tadi depa ada tanya tentang dapur yang telah direnovate. InsyaAllah akan boleh di'tunjukkan' masa cuti sekolah. Sebab bercadang nak buat kenduri doa selamat sikit. Almaklumlah takat ni semua yang diangankan dah dapat, so nak lah buat kenduri kesyukuran. Lepas2 settle urusan nanti bolehlah buat kenduri ni.

0 comments: