CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, April 6, 2008

A Sea Symphony


A Sea Symphony, begitulah kisah lagu2 tentang lautan di bawa oleh The City of Birmingham Symphony Chorus. Orang yang ahli dan mahir dalam bidang muzik, memanglah seronok dan berbaloi tengok dan mendengar muzik yang dimainkan. Tapi aku yang tak pandai muzik ni, pun boleh cakaplah, sangat sedap sebagai halwa telinga ni. Memang best. Tapi aku terlelap juga, apa taknya, bila mereka mainkan lagu slow meleret2 yang panjang, memanglah boleh tertidur. Boleh lena dengar muzik yang dimainkan sedemikian rupa. Bila mereka, memainkan alunan muzik yang kuat serta merta boleh terjaga! Ah, aku memang macam ni, kalau dah penat begitulah, boleh terlelap juga, tapi taklah orang kata terus tidur! Hah tu dah parahlah. Telinga ni dengar juga mereka menyanyi, hendak2 bila yang 2nd half tu, bila dah masuk ahli koir, dengan penyanyi Anna Leese (saprano) dan Roderick Williams (baritone) - ni aku rujuk pada buku program, wow boleh terpukau dengar mereka nyanyi. Mereka yang dah peringkat antarabangsa macam tu lah, kalau tak, takkan tiket berpuluh rm lebih ratusan agaknya ada. Bila dah masuk dewan, semua hphone, penggera dan kamera dan nak rakam tak boleh. Ini untuk 'kesedapan' muzik dan tak mengganggu persembahan sedang berlangsung. Memang best. Tepat 10.30 malam selesai. Penonton tepuk tangan dekat2 15-20 minit. Biasanya sepanjang persembahan selepas selesai satu2 lagu, kita tak perlu tepuk tangan, ni prosedur tengok konsert agaknya. Mula2 tu adalah juga orang tepuk, bila yang 2nd half dah tak ada lagi, bila nak mula satu2 lagu tu, sunyi sepi, hening dewan. Bagi aku dah 2 kali masuk. Bukan senang nak pergi ke sini, kalau tak ikut dengan budak2 muzik, anak anak aku Fahd dan Farahin ikut juga. Tapi Farahin, hanya 1st half saja, dia nak ke UIA, penat katanya. Macamlah dia sorang penat, kita ni pun penat juga. Hai macam ni tak lasaklah In. Aku dah biasa dengan budak2 muzik ni. Kalau tengok mereka berlatih untuk satu2 persembahan, memang kesian, penat. Hendak2 kalau nak persembahan untuk satu2 funcyion, last minit pun boleh tukar cara persembahan. Itu tak kena, ini tak kena, nak buat macam mana, sebab kita bekerja mengikut arahan, kalau mereka nampak tak ok, kenalah ubah. Balik semalam tiba kat sekolah dekat2 12.45 malam.Letih betul, tapi pengalaman macam ni bukan senang nak dapat.

0 comments: