CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, April 3, 2008

Salah siapa?

Hari ni seorang ibu pulak yang nangis depan aku. Aku jadi pendengar setia segala masalah yang dicurahkan kepada aku.Hari Isnin 31.3.08 seorang bapa menceritakan derita yang ditanggung kerana angkara sang isteri (ikut versi dia lah, aku tak tahu pulak kalau dapat dengar versi si isteri). Hari tu tisu dah habis, minta sedekah daripada budak2 pejabat. Hari ni nasib baik aku dah bawak sekotak tisu baru. Datanglah siibu ni mengadu dapat surat mengatakan anak ponteng sekolah. Setiap hari dia kata anaknya pergi ke sekolah. Rupa2nya dah dekat seminggu dia ponteng! Guru kelas dipanggil dan anaknya juga. Bila ditanya dia kata balik ke kampung jumpa nenek! Si ibu kata mana ada setiap hari waktu balik sekolah, dia pun balik ke rumah.Dia telah membohongi ibunya, dan gurunya, rupa2nya dia ikut sape tak tahulah, ikut kerja parttime.MasyaAllah, budak2 ni ikut kawan. Moleklah tu, Tetapi bila ditanya lagi,si anak ini sebenarnya ada konflik jiwa. Ibunya menceritakan hal sebenar kisah dia dan anak2. Arwah suaminya telah kembali ke alam baqa' sewaktu anak itu masih kecil lagi, kemudian dia bertemu jodoh dengan suami baru, yang mana dialah yang dianggap bapa sebenarnya, dan telah meninggal dunia juga kerana kemalangan sewaktu anak ini berumur 12 tahun. Dia tidak boleh terima kematian tersebut. Ibunya yang telah membesarkan / membela anak2 dengan mendapat bantuan kebajikan. Dia sangat bimbang anaknya terjebak kepada perkara yang tidak diingini. Aku pun sekadar memberi nasihat supaya menghargai jasa ibu,ibu tidak mampu menyediakan segala keperluan yang dituntut sepertimana rakan2 yang lebih kukuh kedudukan ibubapa. Setelah selesai, aku minta dia bersalam dengan ibunya kerana kesalahan yang telah dilakukan, tetapi langsung dia tidak bersalam. Aku suruh juga, dia berdegil, tetapi aku kata, salam saya sekarang, dia buat pulak, dan aku dapati dia begitu kecewa dengan ibunya, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya.Ok, aku kata esok pagi2 jumpa saya. Dia setuju.

1 comments:

Anonymous said...

bestla blog umi.
update selalu ok?