CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, March 31, 2008

Simpati

Anak2 menjadi mangsa masalah perpisahan ibu bapa. Kerana ibubapa berpisah, anak dibela oleh pengasuh sejak kecil, siibu lepas tangan, anak sudah tidak menyayangi ibu sendiri. Mentelah pula ibu mula melakukan perkara2 yang tidak disenangi oleh anak yang semakin dewasa. Si ayah berkerja di luar daerah, balik beberapa hari sekali, atau bila ada masa bolehlah menjenguk anak2. Si anak menunjukkan ketidaksenangan dengan si ibu yang tidak menghiraukannya, mula memberontak dengan cara tidak pergi sekolah. Maka, masalah ponteng berlaku. Guru menjalankan tugas dengan menghantar surat2 amaran, tetapi bila diterima alamat ibunya, mungkin siibu tidak kisahkan hal anak ini, bila dah cukup tempoh, maka surat buang sekolah dikeluarkan. Jadi mangsa anak!Si isteri mungkin tidak menyenangi dengan keadaan suaminya, maka dia mula melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya dilakukan. Anak tidak menyenangi dengan ibunya. Perkara kecil jadi penyebab mereka berpisah, anak2 mula dibiarkan, ikut anaklah nak bersekolah. Saban hari si anak menelefon ayahnya, ayah yang tak keruan, sedih mengenangkan keadaan anak2 yang tidak dihiraukan oleh ibunya. Bila berpeluang berjumpa dengan anak, sedih bukan kepalang, si anak mengadu kepada ayahnya. Bila nak balik ke tempat kerja, sepanjang perjalanan si ayah menangis mengenangkan nasib anak2nya! Anak jadi mangsa keadaan.

0 comments: