CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, March 29, 2008

Parti hari lahir



Hari ni ada sekolah ganti, sebab hari tu 7 Mac cuti kerana persiapan untuk piliharaya, so sekolah2 yang terlibat, boleh bercuti dan kenalah ganti. Bahagian unit disiplin bercadang nak buat makan2 sempena hari lahir beberapa orang guru yang bertugas dalam unit ini, ada 4 orang semuanya. Aku macam biasalah minta tolong order nasi lemak yang biasa order tu. Aku nasib baik Allah swt beri ingatan lagi pagi2 hari tadi. Aku terlupa nak order malam semalam! Apa lagi dah jam 6.10 gitu, aku telefon lah akak nasi lemak ni, nasib baik lah boleh order lagi, kalau tak kesian kat kawan2 aku yang mengharapkan aku order, kalau tak melepaslah, tak ada apa nak ditambah2 makanan berat. Bila dah order, ada seorang kawan yang biasa lalu depan gerai akak ni akan ambik dan bayar. Nasib baik!!!Banyak kerja, hal macam ni jadi tak ingatlah...
Ada juga makanan lain, roti jala ada, puding, apa jenis tat tak tahulah, yang pasti rakan2 aku memang pakar dalam masak memasak ni macam2 jenis. Kek ada 2 biji. Air teh, air botol pun ada. Mereka selalu buat makan2 macam ni, happy betul. Dalam pada tu, rakan2 yang bukan dalam unit ni, dijemput juga lah yang patut2 aje. Bagus komitmen mereka. Nak balik, mana yang tak habis tu pakat bagi lah sikit sorang. Aku pun dapatlah juga nasi lemak, sebab nak kena pulang bekas pulak!
Petang ni, Farahin pergi training bisnes dia dengan kawan aku. Biar dia yang pergi, sebab dia nak mewarisi bisnes ni.Aku ada hal lain, nak pergi ke kedai Nagoya kedai kain sebab hubby suruh beli kain nak buat kemeja. Berkenan benar dia bila aku tempah baju untuk Si Fahd. Jadi hubby nak suruh tempah juga. Untuk Fahd buat kemeja sekolah dan kemeja untuk ke MPO, iaitu nak ke Dewan Filharmonik kat KLCC pada 5.4.08 ikut trip pasukan muzik.Bayar rm40, biarlah dia pergi. Jadi kalau masuk dalam dewan tu mesti pakai formal, bukan boleh suka2 pakai, tshirt/jeans. Aku dah pernah masuk last 2 years, semasa tengok konsert dari Russia. Tak faham bahasanya. Orang2 muzik fahamlah muzik aje. Tapi memang mantaplah persembahannya.Jadi kejap lagi nak ke Nagoya. Malam bercadang nak ke MITC, nak tengok karnival pendidikan, malam ni ada pertandingan lagu2 60an.

0 comments: