CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, March 28, 2008

ceramah maulidur rasul @ taklimat usahawan siber

Pagi tadi kat sekolah ada program ceramah sempena maulidur rasul. Best penceramah jemputan yang mengupas tajuk untuk menjadi murid cemerlang. Habis kena budak2 dengan ceramahnya. Bila dengar ceramah sekali berubah, kalau tak dimotivate selalu, hilang begitu saja.

Kat surau taman ni pulak sebelah malam ada juga buat program ceramah sempena maulidur rasul juga. Biasalah pengerusi surau jiran sebelah, hubby pulak sebagai pengerusi taman, dilantiklah sebagai penasihat surau. Tak bolehlah nak pegang banyak2 jawatan, nanti tak terbawak pulak. Tanggungjawab berat, walaupun secara sukarela, orang dah suka nak lantik jadi ketua, kenalah bertanggungjawab. Takat ni, so far so good lah. Jadi, para isteri jiran2 deret rumah aku ni, memang rajin bab masak memasak ni. Aku je yang sibuk dengan tugas2 rasmi memanjang, tak dapet den nak nolong. So, mereka pakat goreng meehoon dan mee kuning. Selepas selesai urusan kat sekolah, sebab tolong kontek tempat budak2 nak buat program motivasi, barulah aku sampai kat rumah. Aku sempatlah tolong packing dalam polistrin saja, dan mereka pinjamlah bekas pyrex untuk jamuan para jemputan. Part ni aku bolehlah tolong, kalau nak minta aku duduk masak memasak ni, aku sibuk dengan urusan aku, apa lagi sekarang tolong sikit2 anak aku buat bisnes, tolong hantar dia je ke sana sini kalau perlu.Jiran2 aku tu, semuanya surirumah tangga sepenuh masa, jadi mereka bolehlah duduk sembang2 / masak2 dan sebagainya. Mereka banyak masa luang, tapi aku,tak cukup masa. Hanya orang sibuk yang aje cukup masa!!!

So, malam aku memang tak dapat bersama2 nak ke surau, dengar ceramah, lagi pun surau tu kalau orang lelaki aje dah 3/4 ruang penuh dengan depa,orang pompuan sikit je, kerana aku dan Farahain dah ada appoinment taklimat usahawan siber. Member dah janji ambik kami, jadi kami pergilah taklimat tu kat Ancasa Hotel. Memang seronoklah bila dengar, how he/they become millionaire, mereka mula pun sama macam anak aku nak mula ni. So, kena usahalah, tetapi work smart bukan work hard. InsayaAllah nak jadi macam tu juga lah...Balik jam 11 malam. Esok sekolah ganti, but still writing in blog! Just to keep in touch with today's event...

0 comments: